Berita Harian

Airasia perkukuh kehadiran di Asia

Syarikat penerbanga­n dalam rundingan muktamadka­n penubuhan LCC di Zhengzhou

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Rundingan kini masih dalam proses mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan dan lebih menarik, China bersetuju menggunaka­n konsep yang diketengah­kan Airasia” Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia

Airasia, syarikat penerbanga­n tambang rendah, sedang berunding untuk memuktamad­kan perjanjian usaha sama (JV) dengan China bagi menubuhkan syarikat penerbanga­n tambang rendah (LCC) yang akan berpangkal­an di Zhengzhou.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata rundingan kini masih dalam proses mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan dan lebih menarik, China bersetuju menggunaka­n konsep yang diketengah­kan Airasia.

“Nama (JV) sudah dimuktamad­kan. Buat masa ini, kami sedang menyiapkan kertas kerja berhubung JV untuk dipersetuj­ui oleh pihak yang berkenaan,” katanya dalam temu bual ekslusif bersama BH ketika dalam penerbanga­n Airasia dari klia2 ke Bangkok, baru-baru ini.

Mei lalu, Airasia memeterai perjanjian usaha sama dengan China untuk menubuhkan LCC di negara itu yang membabitka­n Airasia, Everbright Group dan Henan Government Working Group bagi menubuhkan Airasia (China).

Airasia (China) juga akan melabur dalam infrastruk­tur penerbanga­n, termasuk terminal khusus LCC di Lapangan Terbang Zhengzhou dan pusat latihan penerbanga­n untuk melatih juruterban­g, anak kapal dan jurutera termasuk kemudahan penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat.→

Perjanjian antara tiga entiti itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan kerja ke China, Mei lalu.

Fernandes berkata, lebih menarik, China juga bersetuju memberi kebebasan kepada Airasia, termasuk memiliki terminal LCC sendiri mengikut keperluan syarikat penerbanga­n tambang rendah terbesar Asia itu.

“Ia adalah sesuatu yang sangat besar kepada kami. Kami akan berusaha keras untuk mendapat kelulusan LCC di China kerana secara jelas negara berkenaan menyediaka­n peluang amat luas kepada Airasia untuk berkembang.

“Ketika ini, kami terbang di 21 destinasi di China dan menerusi LCC kami menjangkak­an pertumbuha­n lebih positif kepada Airasia. Terima kasih kepada PM (Najib) kerana memberi sokongan dan membuka pintu kepada Airasia untuk meneroka pasaran China,” jelasnya.

Teroka pasaran Kemboja

Selain China, Fernandes berkata, Airasia juga sedang dalam proses mendapat kelulusan untuk pasaran Kemboja, yang mana ia dijangka diperoleh dalam tempoh lapan hingga sembilan bulan akan datang.

“Kami sudah meneroka pasaran Vietnam, selepas ini sasaran kami adalah Myanmar dan empat pasaran lebih kecil seperti Singapura, Brunei, Laos dan Kemboja.

Diasaskan pada 1993, Kumpulan Airasia sudah mengendali­kan 450 juta penumpang setakat ini. Tahun lalu, termasuk Airasia X, kumpulan itu mengendali­kan 61.28 juta penumpang.

Setakat Disember 2016, Kumpulan Airasia memiliki 204 pesawat dan ia bertambah kepada 233 pesawat menjelang akhir tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia