Berita Harian

Misi ekonomi, promosi komoditi ke Filipina

-

Malaysia akan mengadakan misi ekonomi serta promosi minyak sawit dan getah ke Filipina bermula hari ini hingga Khamis dalam usaha meningkatk­an eksport keduadua komoditi itu ke negara itu.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang akan mengetuai delegasi 22 anggota itu, berkata misi itu akan turut disertai oleh wakil Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Majlis Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia dan Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia.

Katanya, selain memperting­katkan eksport minyak sawit dan getah ke Filipina, misi itu juga bertujuan meninjau kerjasama antara sektor swasta Malaysia dan Indonesia bagi mengukuhka­n dagangan komoditi berkenaan.

“Filipina adalah sebuah pasaran yang amat luas. Kita mahu mengembang­kan pasa- ran minyak sawit ini ke banyak negara dan bukan hanya pasaran tradisiona­l.

“Kita mahu meninjau pasaran baharu bagi meningkatk­an permintaan komoditi negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementeria­n itu di Putrajaya, semalam.

Sesi dialog

Bersempena kunjungan ke Filipina, Siew Keong dijadual mengadakan perbincang­an dua hala dengan Setiausaha Perdaganga­n dan Industri Filipina, Ramon M Lopez dan Setiausaha Tenaga negara itu, Alfonso G Cusi.

Siew Keong juga dijadual mengadakan sesi dialog dengan kalangan pengimport, pengeluar, peniaga dan persatuan perniagaan dalam usaha merancakka­n serta memberi kemudahan rangkaian bagi sektor swasta kedua-dua negara terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia