Berita Harian

Pameran Auto Malaysia 2017 platform perkukuh TIV tempatan

-

Pameran Auto Malaysia 2017 yang diadakan bermula 9 November ini, akan menjadi platform terbaik bagi pengedar kenderaan di negara ini menambah jualan penghujung tahun, sekali gus menyokong jualan keseluruha­n industri (TIV) tempatan.

Acara empat hari sehingga 12 November 2017 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) itu akan diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, menjadikan­nya pameran automotif terbesar pernah dianjurkan dalam sejarah industri permotoran di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari, berkata memandangk­an Pameran Auto Malaysia 2017 akan diadakan pada penghujung tahun, pihaknya berharap pempamer dan pengedar akan dapat menjual lebih banyak kenderaan semasa acara berkenaan.

“Menjadi sasaran kami untuk menjadikan acara ini sebagai platform untuk orang ramai datang dan memandu uji kereta sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli.

“Kami sedang berusaha secara agresif dan disebabkan itulah promosi pameran kali ini adalah mengenai pemahaman mengenai sesebuah model kereta bagi memudahkan pembeli membuat keputusan.

“Malah, kawasan yang ada di sini memudahkan pengunjung membuat pandu uji,” katanya pada sidang media perkembang­an terkini Pameran Auto Malaysia 2017 di Serdang, semalam.

Kereta untuk pengunjung bertuah

Madani berkata, MAI kini sedang memperkema­skan persediaan keseluruha­n Pameran Auto Malaysia 2017, termasuk penganjura­n Simposium Automotif Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIAS) yang akan diadakan buat kali pertama tahun ini.

Buat masa ini, katanya, lebih 80 peratus ruang pameran sudah dijual dan majoriti daripada jenama utama dalam pasaran akan turut serta.

“Beberapa aktiviti luar dewan juga akan diadakan, termasuk penganjura­n Kart Slalom pertama di negara ini. Acara lain sedang dimuktamad­kan dan akan diumumkan pada tarikh menjelang pameran itu kelak,” katanya.

Bagi menjadikan pameran lebih menarik kepada orang ramai, seorang pengunjung bertuah akan membawa balik sebuah kereta baharu, Peugeot 208 Puretech bernilai RM89,888.

Sementara itu, Anugerah Kereta Tahunan MAI akan diberikan sebelum pameran diadakan. Pemenang daripada 30 kategori akan diumumkan pada 8 November ini, iaitu sehari sebelum Pameran Auto Malaysia 2017 dibuka kepada orang ramai.

Buat kali pertama, pencalonan bagi Kereta Tahunan terbuka kepada semua kereta baharu yang dijual oleh pemilik jenama atau pemilik francais.

Menjadi sasaran kami untuk menjadikan acara ini sebagai platform untuk orang ramai datang dan memandu uji kereta sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli” Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MAI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia