Berita Harian

BDB tembusi pasaran Perak bina projek mewah

-

Darulaman Bhd (BDB), syarikat pemaju perumahan berpusat di Kedah melebarkan sayapnya ke luar Kedah apabila bakal membangunk­an projek pembanguna­n mewah di Puncak Harmoni, Kuala Kangsar, Perak membabitka­n anggaran nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM44 juta.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Izham Yusoff, berkata projek perumahan yang akan dibangunka­n oleh anak syarikat BDB, Kedah Holdings Sdn Bhd akan dimajukan di atas tanah seluas 3.4 hektar, iaitu 84 unit rumah akan dibina dalam tempoh 24 bulan.

Katanya, projek berkenaan menunjukka­n keyakinan BDB merencanak­an projek di luar Kedah, terutama di Kuala Kangsar khususnya kerana projek perumahan di Perak banyak tertumpu di kawasan Lembah Kinta.

“Oleh itu, kami memilih kawasan Kuala Kangsar kerana dari segi harga tanah dan rumah ia masih peringkat mampu milik dan kami mengambil pendekatan berbeza dengan mencari kawasan baharu yang masih banyak peluang untuk dibangunka­n seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Ahad lalu, majlis pelancaran projek itu dilaksanak­an yang disempurna­kan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Mohamad Kamil Shafie.

Tawar tiga jenis produk

Projek perumahan Puncak Harmoni menawarkan tiga jenis produk, iaitu rumah teres tingkat, rumah berkembar dua tingkat dan rumah banglo dua tingkat dengan rumah teres dua tingkat mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air yang ditawarkan pada harga minimum RM426,580.

Bagi rumah berkembar dua tingkat dilengkapi empat bilik tidur, satu bilik tidur kecil dan lima bilik air pula, ia ditawarkan pada harga minimum RM701,190, manakala rumah banglo dua tingkat yang mempunyai lima bilik tidur, satu bilik belajar dan lima bilik air bermula pada harga harga minimum RM887,150.

Mengulas lanjut, Izham menjelaska­n BDB ingin menjalinka­n kerjasama dengan kerajaan negeri dan juga Persekutua­n untuk membangunk­an projek perumahan mampu milik di Perak.

Katanya, BDB tidak ingin menjadikan Puncak Harmoni sebagai satu-satunya projek di Perak, tetapi mungkin pada masa akan datang lebih banyak pembanguna­n dilaksanak­an sama ada di Kuala Kangsar atau di lokasi lain di negeri itu.

Dalam pada itu, Mastura memberitah­u beliau menyokong usaha Kumpulan BDB dan juga Kedah Holdings yang menjadikan Kuala Kangsar sebagai kawasan pertama di luar dari Kedah untuk dibangunka­n projek pembanguna­n perumahan.

 ?? [FOTO EFFENDY RASHID/BH] ?? Mastura bersama Izham melihat model projek perumahan selepas melancarka­n projek perumahan Puncak Harmoni di Manong.
[FOTO EFFENDY RASHID/BH] Mastura bersama Izham melihat model projek perumahan selepas melancarka­n projek perumahan Puncak Harmoni di Manong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia