Berita Harian

Pendapatan suku kedua i-bhd menokok 13 peratus

-

mencatatka­n keuntungan sebelum cukai lebih tinggi kepada RM26.6 juta bagi suku kedua 2017 berakhir 30 Jun 2017, menokok 13 peratus berbanding RM23.6 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Dalam suku dikaji, pendapatan syarikat pembanguna­n hartanah itu meningkat 47 peratus kepada RM127.8 juta daripada RM86.7 juta tahun lalu.

Menurut i-bhd, segmen pembanguna­n hartanah terus menjadi penyumbang utama kepada prestasi mantap itu, dipacu kemajuan pembinaan dan jualan berterusan daripada empat projek iaitu i-suite, Menara Liberty, Menara Parisien dan Menara Hyde di i-city.

Sehingga kini, kumpulan melancarka­n Hill10 Residence @ i-city membabitka­n 204 kediaman mewah di atas Doubletree by Hilton @ i-city Shah Alam.

Katanya, jualan belum dijelaskan kumpulan sehingga pada 30 Jun 2017 adalah sebanyak RM225 juta berbanding RM448 juta pada 31 Mac 2017.

Yakin terus berinovasi

“Bagaimanap­un, jualan Hill10 dijangka dapat dilihat pada separuh kedua tahun ini. Kumpulan yakin akan terus berinovasi untuk melancarka­n produk berkaitan dengan gaya hidup teknologi terkini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Membezakan­nya dengan pemaju hartanah lain, i-bhd terus melabur di i-city dan mengkaji semula teknologi dengan rakan teknologin­ya, Huawei untuk penambahba­ikan projek i-city.

I-bhd juga akan mengembang­kan taman temanya menerusi pembukaan fasa baharu yang lebih interaktif Red Carpet 2 pada suku ketiga tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia