Berita Harian

Aminvest syarikat pengurusan pelaburan terbaik

-

meraih dua anugerah berprestij baru-baru ini, iaitu pertamanya, ia dinobatkan sebagai syarikat pengurusan pelaburan terbaik Malaysia untuk kali keenam berturut-turut pada

2017.

Kedua, sebagai Pengurus Pencen Terbaik Malaysia pada acara sulung 2017.

Sebagai syarikat pengurusan pelaburan terbaik, Aminvest mendahului pesaing lain dalam aspek yang merangkumi prestasi, perkhidmat­an, kepemimpin­an, ketekalan, sasaran dan matlamat bagi kedua-dua ekuiti dan pendapatan tetap.

Penilaian panel pakar industri

Pemenang dipilih menerusi dua peringkat saringan: pertama, sistem undian dan kemudianny­a melalui penilaian panel pakar industri.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarka­n Ambank Group di Kuala Lumpur, semalam.

World Finance diterbitka­n pada setiap suku tahun dan adalah majalah dalam talian berpangkal­an di United Kingdom.

Sedia liputan menyeluruh

Ia menyediaka­n liputan menyeluruh dan analisis ke atas industri kewangan, perniagaan antarabang­sa dan ekonomi global.

Anugerah Pengurus Pencen Terbaik Malaysia daripada Global Finance pula menumpu ke atas perniagaan institusi Aminvest dan mengiktira­f Aminvest sebagai firma pengurusan aset yang meletakkan standard bagi prestasi, kepakaran dan perkhidmat­an pelanggan.

Pemenang ditentukan dengan bantuan pembaca dan panel perunding antarabang­sa seperti Mercer dan profesiona­l dalam pengurusan pencen.

Global Finance adalah majalah yang diterbitka­n setiap bulan menumpu kepada berita pasaran kewangan antarabang­sa, data dan analisis berpangkal­an di New York.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia