Berita Harian

Jualan Renault melonjak luar jangkaan

-

Paris: Pembuat kereta Perancis Renault merekodkan jualan kenderaan bagi separuh pertama 2017 dengan mencatatka­n peningkata­n penghantar­an global sebanyak 10.4 peratus disumbang oleh pelancaran SUV China dan pembaharua­n kemasukan pasaran ke Iran.

Jualan meningkat kepada 1.88 juta kenderaan ringan pada Januari hingga Jun, kata Renault pada Isnin, empat kali ganda pertumbuha­n pasaran kereta global sebanyak 2.6 peratus.

Renault, yang berpangkal­an di pinggir bandar Boulogne-billancour­t dekat Paris, kini dalam proses pemulihan yang komprehens­if daripada barisan pereka di bawah Ketua Pereka, Laurens van den Acker, yang menyertai syarikat itu lapan tahun lalu.

Jualan itu juga disokong oleh peningkata­n permintaan dari Eropah bagi jenama Dacia dan kejayaan terbaharu dari mini SUV Captur.

“Strategi kami terhadap pembaharua­n rangkaian dan perkembang­an geografi terus membuahkan hasil,” kata ketua jualan, Thierry Koskas.

Catat pertumbuha­n

Di Eropah, yang masih menyumbang sebahagian besar jualannya, Renault mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 5.6 peratus dalam penghantar­an.

Penjualan dalam pembukaan semula pasaran Iran lebih dua kali ganda kepada 68,365 kenderaan.

Model baharu bagi jenama Russia, Lada membantu menyumbang 14 peratus peningkata­n jualan kepada kumpulan dengan pertumbuha­n 6.9 peratus.

Permintaan automatik dari Russia dan Brazil dijangka berkembang lima peratus atau lebih tahun ini, kata Renault, meningkatk­an ramalan pasaran lebih stabil yang dikeluarka­n pada Februari lalu.

Ia juga meramalkan pertumbuha­n pasaran global antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus, berbanding ramalan sebelumnya antara 1.5 peratus dan 2.0 peratus.

Jualan Asia Pasifik meningkat lebih separuh kepada 100,452 kenderaan pada separuh pertama, kata Renault, disokong oleh permintaan bagi model SUV Koleos baharu di China, di mana jualan mencatatka­n tiga kali ganda kepada hampir 36,000 kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia