Berita Harian

Bursa didagangka­n lebih tinggi

Belian saat akhir lonjak FBM KLCI naik 0.19 mata

- ULASAN PASARAN

Belian saat akhir dalam kaunter perdaganga­n dan perkhidmat­an melonjak Bursa Malaysia untuk ditutup lebih tinggi sedikit semalam, selepas susut pada jajaran negatif pada sesi petang.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup 1,755.19, naik 0.19 mata selepas berlegar antara 1,752.78 dan 1,759.52 sepanjang hari.

Indeks dibuka 4.12 mata lebih tinggi kepada 1,759.12 pada jam 9 pagi daripada penutup Jumaat, 1,755.00.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 441 berbanding 417, dengan 371 kaunter tidak berubah, 554 tidak didagangka­n dan 22 yang lain digantung.

Sejumlah 2.04 bilion saham bertukar tangan bernilai RM1.71 bilion daripada 2.37 bilion saham bernilai RM1.91 bilion Jumaat.

Dalam kalangan kaunter utama, Axiata menambah empat sen kepada RM4.64, Maxis naik tiga sen kepada RM5.53 manakala Genting Malaysia dan Wesports menokok dua sen setiap satu masing-masing kepada RM5.76 dan RM3.71.

Peniaga berkata, pasaran saham Asia, termasuk Bursa Malaysia didagangka­n lebih tinggi, dipacu oleh data pertumbuha­n ekonomi China yang lebih baik daripada jangkaan yang diumumkan semalam.

“Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China yang kukuh pada suku kedua tahun ini yang mana berkembang sebanyak 6.9 peratus tahun ke tahun memacu sentimen pasaran,” katanya.

Selain itu, peniaga berkata, prestasi memberangs­angkan di pasaran Wall Street pada Jumaat, selaras dengan harga minyak yang lebih kukuh juga memberi impak positif kepada sentimen pelabur.

Dalam kalangan bursa serantau, KOSPI Korea Selatan menambah 10.47 mata atau 0.43 peratus kepada 2,425.10, Straits Times Singapura menokok 8.36 mata atau 0.25 peratus kepada 3,295.79 dan Hang Seng Hong Kong 81.35 mata atau 0.31 peratus lebih tinggi kepada 26,470.58.

Dalam kalangan saham aktif, UMWOG menokok 8.5 sen kepada 37 sen, Vivocom naik setengah sen kepada 15 sen, sementara warannya tidak berubah kepada 5.5 sen.

Sementara itu, MLAB susut 8.5 kepada 32 sen dan Anzo jatuh setengah sen kepada 12 sen.

Indeks FBM Emas menambah 8.16 mata kepada 12,502.84, Indeks FBM Emas Shariah menokok 16.47 mata kepada 12,691.21 dan Indeks FBMT 100 meningkat 5.18 mata kepada 12,147.38.

FBM 70 pula naik 20.93 mata kepada 14,858.18 dan FBM Ace melonjak 19 mata kepada 6,848.17.

Dari segi sektor, Indeks Perindustr­ian meningkat 8.47 mata kepada 3,273.24, namun Indeks Kewangan susut 29.11 mata kepada 16,642.54 dan Perladanga­n jatuh 13.28 mata kepada 7,841.04.

Jumlah Pasaran Utama menguncup kepada 1.17 bilion saham bernilai RM1.53 bilion daripada 1.26 bilion saham bernilai RM1.69 bilion pada Jumaat.

Waran mengukuh kepada 135.87 juta unit bernilai RM14.49 juta daripada 116.55 juta unit bernilai RM11.37 juta pada Jumaat.

Jumlah di Pasaran ACE menguncup kepada 720.40 juta saham bernilai RM163.76 juta daripada 978.99 juta saham bernilai RM204.01 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 38.89 juta saham di Pasaran Utama, perindustr­ian (239.96 juta), Pembinaan (109.78 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (553.05 juta), teknologi (43.83 juta), infrastruk­tur (15.25 juta), SPAC (1.40 juga), kewangan (42.28 juta), hotel (5.97 juta), hartanah (98.87 juta), perladanga­n (21.91 juta), perlombong­an (-), REITS (4.82 juta) dan penutup/dana (-).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia