Berita Harian

Ekonomi China kukuh pacu pasaran

- SAHAM ASIA

Saham Asia mencatatka­n lonjakan dua tahun tinggi, dipacu pertumbuha­n ekonomi China lebih kukuh daripada jangkaan dan data Amerika Syarikat yang tidak mencukupi yang akan mengekalka­n sentimen berhati-hati Rizab Persekutua­n (Fed) berhubung dasar lebih ketat.

Pasaran Eropah juga dijangka memulakan dagangan positif dengan CMC Markets menjangkak­an FTSE 100 Britain dan DAX Jerman untuk dibuka 0.2 peratus lebih tinggi dan CAC 40 Perancis memulakan dagangan 0.1 peratus lebih tinggi.

Saham mewah China mencatat kerugian awal selepas data menunjukka­n ekonomi kedua terbesar dunia itu tumbuh lebih pantas sedikit daripada jangkaan, iaitu 6.9 peratus pada suku kedua, dipacu pengeluara­n perindustr­ian, jualan runcit dan eksport yang memberangs­angkan.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun menokok 0.3 peratus selepas bacaan China yang memberangs­angkan. Pasaran Jepun ditutup sempena cuti umum.

Sementara itu, saham Australia susut 0.2 peratus, manakala KOSPI Korea Selatan menokok 0.4 peratus.

Saham China susut lebih daripada dua peratus pada awal dagangan, namun indeks utama kemudian kembali daripada kerugian daripada kebanyakan kerugianny­a berikutan bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menggalakk­an pelabur untuk menyokong saham mewah susulan jangkaan pendapatan yang lebih baik.

Pakar Strategi Pasaran di IG Singapura, Jingyi Pan, berkata kejatuhan pasaran pada mulanya disebabkan laporan hujung minggu lalu yang menyebut Presiden China, Xi Jinping mahu mewujudkan jawatankua­sa Kabinet baharu bagi menyelaras pengawasan kewangan, sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n mengenai dasar lebih ketat.

Pasaran Asia turut mening- katkan disokong prestasi kukuh di pasaran Wall Street pada Jumaat.

Dow dan S&P 500 mencecah rekod tinggi selepas data harga pengguna tidak berubah pada Jun dan jualan runcit susut untuk bulan kedua berturut-turut, sekali gus menunjukka­n inflasi reda, selain menjejaska­n jangkaan pertumbuha­n ekonomi kukuh pada suku kedua yang menjadikan Fed lebih berhati-hati.

 ?? [FOTO AFP] ?? Pasaran Asia meningkat selepas pertumbuha­n ekonomi China lebih kukuh daripada jangkaan.
[FOTO AFP] Pasaran Asia meningkat selepas pertumbuha­n ekonomi China lebih kukuh daripada jangkaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia