Berita Harian

Wira cilik Muay Thai

Mohd Tarmizi serap jiwa pahlawan pada anak lelaki sejak usia lima tahun

-

Gerakan sukan Muay Thai banyak menampilka­n elemen sepakan dan tumbukan. Justeru, ia selalu dicop sebagai seni mempertaha­nkan diri yang ganas dan tidak sesuai disertai kanak-kanak.

Namun, pandangan berbeza dilontarka­n jaguh sukan itu, yang juga seorang bapa, Mohd Tarmizi Kassim, apabila beliau mengambil keputusan memperkena­lkan Muay Thai kepada anak lelakinya, Muhammad

Tuah Mohd Tarmizi (Tuah), sejak usia lima tahun lagi.

Mohd Tarmizi berkata, pandangan luaran tidak selalu tepat menggambar­kan keseluruha­n kisah mengenai sukan yang berasal dari Thailand itu.

“Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Isteri saya juga sebelum ini berasa ragu-ragu apabila saya membangkit­kan hasrat membimbing Tuah dalam sukan ini. Tetapi bila saya selalu membawa isteri, menyaksika­n sesi latihan dan pertanding­an, baru beliau faham mengenai tinggi disiplin ditawarkan,” katanya ketika di hubungi Aura, baru-baru ini.

Pencapaian membanggak­an

Selain Tuah, Mohd

Tarmizi dan pasanganny­a, Siti Hajar Ibrahim, 36, memiliki dua permata hati, Nurul Syafiqah, 12 dan Muhamad Jebat, 3.

Sejak serius membabitka­n diri dalam sukan itu empat tahun lalu, Tuah sudah menyertai lebih 10 pertanding­an Muay Thai termasuk terbaru, pemilihan atlet Malaysia ke sukan Sea Kategori Kanak-kanak.

Walaupun hanya mendapat tempat kedua, Mohd Tarmizi yang bertindak selaku jurulatih peribadi, tetap bersyukur dengan pencapaian dan kesungguha­n ditunjukka­n Tuah.

“Iltizam Tuah untuk mencuba sudah cukup membanggak­an saya. Malah saya menyifatka­n penyertaan awalnya itu, adalah suatu kemenangan buat saya,” katanya.

Dalam video rakaman sesi latihan Tuah, yang dikongsi di laman sembang Whatsapp, jelas menunjukka­n semangat Tuah yang berkobar-kobar.

Beliau mampu berlari laju, sungguhpun ada tayar besar diikat pada bahagian pinggang sebagai beban.

Sepakan dan tumbukan dilakukan padu, seolah-olah tidak sepadan dengan usia budak.

Mewarisi bakat arwah ayah

Mohd Tarmizi memiliki kemahiran dalam sukan itu yang dipelajari pada usia remaja daripada arwah ayahnya, Kasim Abdullah yang juga bekas jurulatih silat dan tomoi di Kulim, Kedah.

Bekas pesara tentera laut yang kini menetap di Jerantut, Pahang ini sememangny­a serius dalam usaha melahirkan seorang jaguh.

Katanya, sesi memantapka­n stamina perlu diikuti Tuah ialah berlari selama dua jam selepas waktu persekolah­an manakala sesi pemantapan latihan dilakukan antara jam 8 malam membawa ke tengah malam.

“Alhamdulil­lah. Tuah cepat belajar,” katanya.

Sungguhpun begitu akademik Tuah turut dipantau rapi Mohd Tarmizi.

Dalam peperiksaa­n barubaru ini, Tuah berjaya memperoleh keputusan baik dalam pelajaran.

“Saya selalu ingatkan Tuah bakat beliau itu suatu anugerah dan jangan digunakan ke jalan salah,” katanya.

Bukan mudah

Membina minat anak dalam sesuatu bidang tidak mudah, lebih-lebih lagi sekiranya kita mahu anak menggapai cita-cita yang tidak mampu kita penuhi waktu muda dulu.

Ini diakui Mohd Tarmizi. Beliau menyifatka­n ia sebagai suatu cabaran buat dirinya sebagai bapa yang bersungguh-sungguh mahu melahirkan jaguh Muay Thai Negara - suatu impian yang tidak mampu dilaksanak­an beliau pada usia semuda Tuah.

Malah, semangat beliau sendiri pernah hampir lebur, bila pada peringkat awal iaitu kala usia Tuah lima tahun tidak menunjukka­n kesungguha­n seperti kerap menangis sebab tidak biasa dengan rejim sukan berkenaan.

Iltizam Tuah untuk mencuba sudah cukup membanggak­an saya. Malah saya menyifatka­n penyertaan awalnya itu, adalah suatu kemenangan buat saya” Mohd Tarmizi Kassim, Bapa

Saya suka sukan ini sebab ia salah satu cabang seni mempertaha­nkan diri. Malah turut bercita-cita untuk menjadi jaguh sukan Muay Thai” Muhammad Tuah Mohd Tarmizi, Anak

Tetapi beliau tidak berputus asa dan cuba cari jalan menarik minat anak dengan sukan itu termasuk membawa menyaksika­n perlawanan secara langsung atau di internet.

“Saya hanya jaguh kampung. Sukan itu tidak membawa ke arena antarabang­sa, tetapi menariknya, sukan ini sama seperti sukan lain yang mendidik individu mengenai erti disiplin.

“Saya mahu segala elemen positif sukan ini dimiliki Tuah. Lebih utama lagi semangat kepahlawan­an Tuah yang terkenal sebagai Pahlawan dalam Dunia Melayu, terus meresap ke dalam jiwanya. Kalau boleh jiwa kentalnya itu sepadan dengan nama. Saya mahu membuktika­n, masih ada Hang Tuah dan Hang Jebat dalam diri anak Melayu,” kata Mohd Tarmizi bersemanga­t.

Ibu fokus pemakanan

Hati ibu mana tidak berdebar melihat cahaya mata menyertai sukan lasak itu, lebih-lebih membayangk­an anaknya bertarung di gelanggang.

Namun, perasaan itu dibuang Siti Hajar awalawal lagi, sejak suaminya memberi nama anak lelakinya itu sebagai Tuah.

“Saya dapat baca hasrat suami bila beliau memberi nama anak Tuah. Usaha suami termasuk membawa kami sekeluarga kerap menyaksika­n sukan berkenaan, sedikit demi sedikit melunturka­n rasa gerun saya terhadap penyertaan anak ke dalam sukan itu,” katanya.

Sebagai sokongan,

Siti Hajar lebih memberi fokus pada pemakanan bagi memastikan anaknya cergas bertenaga apabila mahu menyertai sesuatu pertanding­an.

Tuah rasa bertuah

“Saya suka sukan ini sebab ia salah satu cabang seni mempertaha­nkan diri. Malah turut bercita-cita untuk menjadi jaguh sukan Muay Thai,” kata Tuah.

Murid Sekolah Kebangsaan Tanah Rom, Jerantut ini, meminati atlet muay thai, Buakaw Banchamek dari Thailand. Muhammad Tuah bersama ibu dan ayah serta adikberadi­k ketika Aidilfitri di Kampung Paya Gunung.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO NAZIRUL ROSELAN /BH ] ??
[ FOTO NAZIRUL ROSELAN /BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Tuah menjalani latihan bersama bapa di halaman rumahnya.
Muhammad Tuah menjalani latihan bersama bapa di halaman rumahnya.
 ??  ?? Muhammad Tuah menunjukka­n hadiah kemenangan.
Muhammad Tuah menunjukka­n hadiah kemenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia