Berita Harian

Manfaatkan media sosial secara bijak

Bukan sekadar menambah kenalan tetapi mewujudkan strategi, rangkaian perniagaan

-

Hujung minggu digunakan dengan sebaiknya oleh empat anak muda ini untuk menambahka­n ilmu menerusi bengkel Viral-lah yang berlangsun­g di Markas, Kota Damansara di pinggir ibu negara.

Walaupun masing-masing memiliki latar belakang berbeza, namun itu bukanlah menjadi penghalang bagi

Siti Nur Shahirah Abdullah, Nur Aisyafa’atul Kubra

Mohd Harun, Kashful Azim Shaharuddi­n dan Ahmad Asyrafi Roslan untuk sama-sama meningkatk­an kemahiran dalam bidang penulisan yang dikendalik­an oleh penulis dan ‘social media influencer’, Khairul Hakimin Muhammad.

Siti Nur Shahirah berkata, dia gemar mengikuti bengkelben­gkel mahupun seminar berkaitan penulisan bagi memantapka­n kerjayanya di Akademi Soho Mama: Pusat Transforma­si Bisnes Wanita.

“Saya menguruska­n laman sosial rasmi dan menerusi platform ini, skil dan penulisan Facebook terutamany­a perlu dimantapka­n bagi menarik perhatian sasaran.

“Menerusi muat naik status dan ‘posting’ yang berkualiti, kita akan dapat meningkatk­an lagi kredibilit­i sekaligus membantu golongan yang ingin menjana pendapatan,” katanya.

Naik taraf tahap penulisan

Nur Aisyafa’atul yang mesra disapa Aisya berkata, dia juga menggunaka­n laman sosial sebagai platform untuk meningkatk­an pendapatan menerusi dua produk yang dipasarkan.

“Saya memang mula aktif sejak penghujung tahun

2015 dan kebanyakan masa digunakan untuk membaca dan menyertai bengkel sebegini bagi menambah ilmu.

“Laman sosial boleh digunakan dalam pelbagai bentuk dan penulisan yang kreatif dan unik dapat membantu menarik pembaca mahupun pelanggan untuk mendapatka­n produk yang dipasarkan.

“Justeru itu, bengkel yang disertai ini banyak memberi peluang dan ruang untuk saya naik taraf penulisan sekaligus bertemu dengan rakan-rakan lain yang punya minat yang sama,” katanya.

Guna peluang kongsi cerita

Sementara itu, penuntut tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah, Kashful Azim berkata, dia gemar

Bengkel yang disertai ini banyak memberi peluang dan ruang untuk saya naik taraf penulisan sekali gus bertemu dengan rakanrakan lain yang punya minat yang sama” Nur Aisyafa'atul,

berkongsi pengalaman belajar di luar negara.

“Jika ada kisah yang menarik, saya akan karang dan kongsikan di laman sosial dan hobi ini sebenarnya dapat membantu memberi gambaran kepada orang luar akan cabaran belajar di luar negara.

“Laman sosial Facebook terutamany­a sebenarnya memiliki kuasa ‘viral’ yang kuat dan saya gunakan peluang ini untuk berkongsi cerita dan kisah dengan harapan ia dapat dikongsi oleh orang ramai,” katanya.

Dia yang aktif dalam persatuan pelajar juga mengasah bakat menulis bagi menarik lebih ramai pengikut atau ‘crowd’ yang dapat membantu merancakka­n lagi programpro­gram mahasiswa yang bakal berlangsun­g.

Pelajari teknik luaskan jaringan

Selain membina ‘networking’ dan mencari rakan-rakan baharu, Kashful Azim juga mempelajar­i teknik meluaskan lagi platform untuk berkongsi cerita.

“Saya juga mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan di mana saya akan menjual kurma yang akan dibawa balik semasa bercuti dan pada masa yang sama, gunakan platform media sosial untuk melakukan promosi.

“Jika sebelum ini hanya rakan-rakan terdekat yang menjadi pelanggan, kini saya mahu cuba mencari lebih ramai pelanggan menerusi penulisan yang lebih kreatif dan mantap,” katanya.

Pelajari langkah secara betul

Bagi jurutera marin, Ahmad berkata, dia menggunaka­n

Facebook sebagai medan perkongsia­n cerita pengalaman bertugas di atas pelantar.

Katanya, dia melihat ramai yang gunakan media sosial sebagai ruang perkongsia­n pengalaman dan tertarik untuk belajar bagaimanak­ah cara yang betul untuk melakukann­ya.

“Menerusi pembelajar­an di bengkel ini, kami berpeluang untuk mengetahui cara langkah demi langkah yang tepat untuk berkongsi cerita menerusi penulisan yang mantap,” katanya.

Ambil kesempatan tambah ilmu

Ahmad berkata, golongan muda wajar mengambil kesempatan dengan menggunaka­n laman sosial bagi menyebarka­n cerita-cerita positif.

“Di kala banyak cerita negatif yang disebarkan menerusi media sosial, saya percaya setiap cerita ada sisi positif yang boleh digunakan sebagai panduan.

“Selain berkongsi cerita dan pengalaman mahupun isu, saya juga banyakkan membaca bagi menambahka­n ilmu.

“Tidak kisah genre apa, saya akan membaca bila ada masa terluang sekali gus membantu memberi idea untuk muat naik cerita dan pengalaman bekerja di laman sosial,” katanya.

 ??  ?? Siti Nur Shahirah: Bengkel seperti ini dapat membantu tingkat strategi urus media sosial. Nur Aisyafa’atul: Kalau kita bijak manfaatkan­nya dengan betul, media sosial boleh bantu jana pendapatan. Kashful Azim: Seronok dengan menyertai bengkel ini,...
Siti Nur Shahirah: Bengkel seperti ini dapat membantu tingkat strategi urus media sosial. Nur Aisyafa’atul: Kalau kita bijak manfaatkan­nya dengan betul, media sosial boleh bantu jana pendapatan. Kashful Azim: Seronok dengan menyertai bengkel ini,...
 ??  ?? Khairul Hakimin berkongsi ilmu mengendali­kan media sosial secara efektif.
Khairul Hakimin berkongsi ilmu mengendali­kan media sosial secara efektif.
 ??  ??
 ??  ?? Ahmad Asyrafi: Pengalaman bekerja yang dikongsi dalam aktiviti ini dapat menarik ramai pembaca.
Ahmad Asyrafi: Pengalaman bekerja yang dikongsi dalam aktiviti ini dapat menarik ramai pembaca.
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Dari Kiri; Sirti Nur Shahirah, Nur Aisyafa'atul Kubra, Ahmad Asyrafi, Kashful dan Khairul Hakimin pada sesi lepak spot di The Strand,
Kota Damansara.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Dari Kiri; Sirti Nur Shahirah, Nur Aisyafa'atul Kubra, Ahmad Asyrafi, Kashful dan Khairul Hakimin pada sesi lepak spot di The Strand, Kota Damansara.
 ??  ??
 ??  ?? Membaca menjadi salah satu medium untuk meningkatk­an pengetahua­n.
Membaca menjadi salah satu medium untuk meningkatk­an pengetahua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia