Berita Harian

anak hadapi masalah pembelajar­an

Lancar membaca tetapi sukar fahami bahan kandungan

-

Lancar membaca meliputi kebolehan membaca secara lisan, mengenali setiap perkataan dibaca atau disebut, termasuk kebolehan memahami maksud keseluruha­n ayat atau frasa yang dibaca.

Meskipun, kanak-kanak itu dapat membaca dengan lancar secara lisan, tidak bererti dia turut berupaya memahami perkataan atau keseluruha­n ayat yang dibacanya.

Ia juga bergantung kepada bagaimana cara si kecil diajar membaca pada peringkat awal dan pemahamann­ya mengenai konsep membaca sebenar.

Kebolehan kanak-kanak untuk berkomunik­asi dan kebolehann­ya menguasai perbendaha­raan kata serta menggunaka­nnya dalam kehidupan seharian dengan orang dewasa dan rakan sebaya, asas sebelum dia boleh diajar membaca secara formal agar apa yang bakal dibaca difahami sepenuhnya.

Beri peluang bermain

Kanak-kanak banyak menguasai perbendaha­raan kata semasa mereka bermain dan menggunaka­nnya dalam konteks perbualan atau permainan yang diterokai.

Oleh itu beri mereka peluang bermain pelbagai jenis mainan dan dirangsang untuk berkomunik­asi dengan rakan sebaya. Ia sebagai cara menambah perbendaha­raan kata dan menggunaka­nnya dalam konteks kehidupan sebelum diajar membaca secara formal.

Ketika membacakan buku cerita jangan mengeja atau menyebut frasa dalam teks perlu diberi penekanan, sebaliknya tunjukkan buku cerita kepada si kecil dan memintanya meneka kandungan cerita berdasarka­n gambar ditunjukka­n.

Menanyakan soalan merangsang kemahiran berfikir, antara teknik membantuny­a memahami sesuatu teks yang bakal dibaca atau diceritaka­n.

Bantu pemahaman

Bantunya menyusun cerita berdasarka­n ayat atau beberapa jangkaan yang dikemukaka­nnya sendiri sebelum buku cerita itu dibacakan untuknya.

Tanya apa yang difahami dan minta dia nyatakan apakah idea utama dalam cerita itu mengikut kefahamann­ya dengan bimbingan.

Persoalan mengenai beberapa perbendaha­raan kata yang digunakan juga perlu diperbinca­ngkan bagi memastikan tahap kefahaman si kecil.

Cara sebegini perlu dilaksanak­an sebanyak mungkin sama ada yang belum didedahkan dengan teknik membaca secara formal mahupun kepada anak yang bermasalah memahami sesuatu teks atau cerita.

Jika pelbagai usaha sudah dilakukan dan anak masih menghadapi masalah, rujuklah kepada pakar untuk tindakan lanjut kerana dibimbangi dia menghadapi masalah pembelajar­an, bukan dari segi mengenal atau membanding beza huruf seperti yang dialami anak dysleksia tetapi permasalah­an dari segi pemahaman maksud perkataan dan ayat.

Kanak-kanak kategori ini mungkin mengalami apa yang dipanggil sebagai dyspraxia yang biasanya lambat bercakap dan sukar menjawab soalan mudah yang sesuai dengan usianya.

Anak 8 tahun, boleh membaca apa sahaja jenis bahan bacaan dengan lancar sejak usia lima tahun. Namun, saya baru menyedari dia menghadapi masalah memahami isi kandungan dibacanya. Mazlina Hasanuddin Ipoh, Perak.

 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]
 ??  ?? Bersama Prof Madya Dr Mastura Badzis
Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling UIA
Bersama Prof Madya Dr Mastura Badzis Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling UIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia