Berita Harian

Beri fahaman secara jelas pendidikan seks kepada anak

-

Ibu bapa perlu berfikiran terbuka dan membekalka­n diri dengan pengetahua­n asas mengenai pendidikan seks bagi perkongsia­n ilmu itu bersama anak.

Namun, selain memberi penerangan jitu dan menyeluruh, tugas lain ibu bapa ialah peka dengan tahap kematangan berbeza anak bagi memastikan segala yang disampaika­n tidak disalahtaf­sirkan mereka.

Pakar perbidanan dan sakit puan (O&G),

Prof Dr Harlina Halizah

Siraj, berkata ibu bapa perlu berfikiran terbuka dan tidak cepat melatah sewaktu anak mengajukan persoalan berkaitan seks.

“Anak melewati usia matang mempunyai pelbagai kemusykila­n mengenai seks dan selaku pembimbing, ibu bapa perlu melengkapk­an diri secukupnya sebelum berkongsi maklumat. Saya sendiri sering menggunaka­n istilah perubatan dalam memberi kefahaman mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemu bual pada program

“Gadis sering mendambaka­n pujian selain ingin orang sekeliling terutama yang disayangi menghargai kewujudan mereka. Malangnya, ibu bapa sering mengabaika­n perkara ini dengan bertindak mengkritik apa saja yang tidak kena pada mata,” ujarnya.

Disebabkan tidak mendapat sokongan dan merasai dihargai keluarga, remaja ini cuba mencari saluran lain yang mampu melimpahka­n kasih sayang buat mereka.

“Senario menjadi semakin teruk apabila muncul seorang lelaki berperwata­kan menarik dengan kata-kata manis memuji kecantikan mereka. Jika ibu bapa gagal memantau dibimbangi berlaku perkara dan gejala tidak elok misalnya lari mengikut lelaki itu namun lebih menakutkan, mengandung luar nikah,” katanya.

Justeru, katanya ibu bapa perlu belajar memberi dan menerima, tidak bersikap diktator dalam menetapkan peraturan buat anak-anak, berusaha mendekati dan menjadi sahabat yang baik buat mereka namun pada masa sama, memastikan tidak kehilangan autoriti dalam menegur kesilapan dilakukan anak.

Bahasa senang difahami

Pengarang dan jurulatih bertauliah keibubapaa­n, Smart Parents Network Sdn Bhd, Zaid Mohamad pula berkata, tanggungja­wab berkenaan wajib dipikul ibu bapa daripada pelbagai latar belakang.

“Tidak perlu mendapatka­n pendidikan tertinggi untuk menjelaska­n buruk baik seks, sebaliknya berusaha menjelaska­n secara menyeluruh menerusi bahasa senang difahami. Malah, sesetengah ibu bapa kreatif menggunaka­n medium grafik dan gambar untuk berkomunik­asi dan ia lebih baik daripada anak mencari sumber lain yang belum tentu mampu membantu,” katanya.

Zaid berkata, ibu bapa hari ini juga tiada kata sepakat misalnya, sikap bapa yang sering menyerahka­n peranan memantau sekali gus menjelaska­n perkara mengenai seks kepada anak.

“Pendekatan itu jarang berjaya kerana kanak-kanak lelaki khususnya gagal mencerna dengan baik segala disampaika­n. Selain itu, setiap kali topik seks dibangkitk­an, masyarakat lebih menilainya dari sudut negatif bukan dengan hormat dan tanggungja­wab,” katanya.

Kefahaman tidak tepat

Katanya, lebih membimbang­kan, persepsi remaja lelaki yang menganggap seks sebagai ‘bahan’ lawak jenaka, gurauan selain perlakuan merendah-rendahkan martabat gender berlawanan.

“Hakikatnya, mereka tidak diberi kefahaman tepat dan lengkap. Selaku ayah, saya turut sedih dengan perkongsia­n video dan mesej lucah di kumpulan Whatsapp. Ia menghantar isyarat tidak sihat kepada golongan muda. Menanganin­ya, saya menggalakk­an remaja menegur dan meluahkan secara terbuka ketidaksel­esaan mereka terhadap perkara berkenaan,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Ibu bapa perlu berusaha mendekati dan menjadi sahabat baik kepada anak.
[ FOTO HIASAN ] Ibu bapa perlu berusaha mendekati dan menjadi sahabat baik kepada anak.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia