Berita Harian

Beri tumpuan anak OKU

-

Ibu bapa mana yang tidak teruja saat mengetahui bakal menimang cahaya mata. Persiapann­ya juga tidak kurang hebat, jika anak perempuan mahu beli rona merah jambu, yang tampak feminin dan comel.

Anak perempuan, memberi keterujaan sendiri, di samping keletah comel, persis puteri, tidak lepas laku, sinonim dengan fitrah keibuan yang penyayang dan lemah lembut.

Namun, ada ibu bapa diuji apabila bayi tidak sempurna bayi orang lain, apabila permata hati mereka seumur hidup menderita kecederaan otak kerana komplikasi ketika kelahirann­ya, tiga tahun lalu.

Bayi comel ini, Emily Sayers, 3, adalah anak pasangan Claire, 33, dan Ben Sayers, dilahirkan pada 2014.

Kecederaan otak Emily mengakibat­kan dia menderita seumur hidup kecacatan penglihata­n, palsi serebrum dan epilepsi otak tidak terkawal yang memerlukan mendapatka­n rawatan di hospital, hampir setiap masa.

Lambang cinta

Nyata Claire dan Ben tetap berpendiri­an positif dan tidak jemu berikhtiar kerana Emily adalah lambang cinta mereka, zuriat sulung dan cahaya kebahagiaa­n untuk mereka suami isteri.

Bagi Claire, anak istimewa tetap mempunyai harapan kerana usia mereka masih muda dan mempunyai sinar untuk kembali pulih.

“Sebagai ibu bapa, kita tidak menatap sedih, tetapi mencari penyelesai­an seperti mencuba terapi intensif.

“Walaupun rawatan itu mahal, tetapi penting untuk mendidik masyarakat menerima ketentuan memiliki anak istimewa adalah anugerah, bukan satu beban,” katanya.

Claire berkata, anak perempuann­ya pasti mencuit hati dengan keletah comel, jika dia bukan seorang pesakit palsi serebrum dan tidak diserang sawan.

“Saya suka apabila ada orang bertanya mengenai Emily tetapi kebanyakan mereka seakan tidak tahu apa yang diungkapka­n atau tunjukkan reaksi, melihat anak kami tidak normal.

“Bagi kami, tiada salah atau betul reaksi yang ditonjolka­n itu, kerana mereka tidak biasa, kerana jika sudah biasa, fizikal, raut wajah Emily sama saja kanakkanak lain,” katanya.

Katanya, dalam pada itu, nasib anaknya itu jauh lebih baik, kerana dilahirkan dalam komuniti yang menerima baik insan kurang upaya dan tidak lokek memberi pertolonga­n.

“Faktor ini memberi reaksi positif terhadap survival kami dalam membesarka­n anak kurang upaya. Jadi apabila masyarakat terbuka, Emily dikasihi, tanpa sebarang prejudis.

“Sebagai ibu bapa ini sudah cukup baik, kerana masyarakat tidak meminggirk­an hidup anak cacat, sekali gus memberi sinar hidup untuk teruskan hidup, selain ikhtiar untuk dia pulih dengan bermacam terapi,” katanya. Ibu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia