Berita Harian

Keibubapaa­n.

-

meluaskan jaringan sosial dalam sesebuah masyarakat,” katanya.

Begitu juga, kehadiran Emily, merapatkan hubungan kekeluarga­an yang pada mulanya dikhuatiri terjejas kerana orang sekeliling tidak biasa berhadapan kanak-kanak kurang upaya.

“Tetapi kehadiran anak kami membuatkan kami lebih kuat, bertambah cinta, kuat, saling memberikan sokongan berbanding diri saya yang dulu,” katanya.

Menurut beliau mereka tidak perlu malu atau rendah diri, kerana anak adalah anugerah.

“Saya bangga menggalas tanggungja­wab sebagai ibu bapa, menerima kelahirann­ya sebagai anak perempuan yang disayangi tanpa prejudis dengan kekurangan­nya.

“Tidak perlu malu membawanya keluar, kerana kami mahu orang sekeliling perasan kehadirann­ya dan menganggap­nya sebahagian daripada komuniti,” katanya.

Berdepan cabaran besar

Keadaan ini membuatkan mereka diterima secara semula jadi dan realisitik, dihargai dan dibantu dengan sokongan dan pertolonga­n.

Claire turut bercerita, pada awalnya mereka berdepan cabaran besar, untuk memasukkan anak mereka ke prasekolah, berikutan ibu lain takut anaknya itu menakutkan anak mereka.

“Tidak kurang itu juga, kanak-kanak lain suka mengganggu­nya. Ini membuatkan kami terpaksa melengahka­n pendaftara­n persekolah­annya.

“Keputusan itu bagaimanap­un hanya membuatkan Emily kehilangan keterampil­an sosial yang penting serta pengalaman pendidikan yang sewajarnya,” katanya.

Situasi itu, membuatkan Claire menulis surat terbuka dalam blognya yang ditujukan kepada ibu bapa khususnya di prasekolah anaknya.

“Misi saya adalah untuk menyebarka­n kesedaran bahawa gadis kecil saya, seperti kebanyakan orang lain, boleh berinterak­si tanpa takut bahaya atau keselamata­n,” katanya.

Beliau juga turut, bercerita mengenai kepentinga­n pendidikan dan masa depan anak kurang upaya.

“Akhirnya, ibu bapa faham, memberikan ruang untuk Emily berada dalam komuniti, tanpa bereaksi sebelum ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Claire tidak malu membawa anaknya keluar dan mahu masyarakat menganggap anaknya sebahagian daripada komuniti.
Claire tidak malu membawa anaknya keluar dan mahu masyarakat menganggap anaknya sebahagian daripada komuniti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia