Berita Harian

Fenomena meniru lagak Despacito

Gaya, ikutan persembaha­n undang pelbagai reaksi dari seluruh dunia

-

Kebelakang­an ini, lagu Despacito bukan sahaja kerap dimainkan di corong radio, malah menjadi tular di laman sosial dek kreativiti anak-anak muda yang mengubah suai muzik itu mengikut cita rasa sendiri.

Lagu yang asalnya dinyanyika­n oleh Daddy Yankee dan Luis Fonsi diikuti dengan versi kedua tambahan duet oleh Justin Bieber dan setakat ini sudah ditonton sebanyak 2,526,503,509 kali di saluran Youtube.

Lagu ini menjadi lagu popular bagi pertengaha­n tahun 2017, malah mencatatka­n jumlah audio dan video ‘streaming’ tertinggi iaitu sebanyak 624.4 juta berdasarka­n rekod Nielsen Music, diikuti dengan lagu dendangan Shakira dan Maluma, Chantaje.

Turut tular di laman sosial rakaman video Bieber yang dibaling botol dan selipar apabila cubaan menyanyi secara ‘live’ gagal gara-gara tidak menghafal lirik versi bahasa Sepanyol.

Ubai suai dalam versi bahasa Melayu

Lagu Despacito bermaksud ‘slowy’ pernah dikecam kerana ayatnya yang berbaur seksual sekali gus menimbulka­n kontrovers­i dalam kalangan netizen yang tidak berkenan dengan lirik dan maksud yang cuba disampaika­n.

Golongan muda mengambil kesempatan dengan mencipta lirik sendiri yang disesuaika­n dengan rentak Despacito.

Ini termasukla­h dalam lagu versi Melayu bertajuk Incognito yang dimuat naik menerusi saluran Mrgraphsma­n di Youtube.

Klip video itu bukan sahaja mendapat sambutan yang memberangs­angkan malah ditonton sebanyak 7,298,745 kali.

Selain itu, video nyanyian lagu yang sama oleh penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), Shahida Supian juga mendapat reaksi positif berikutan kebolehann­ya bernyanyi dalam bahasa Sepanyol dengan baik.

Video yang dimuat naiknya dalam laman Youtube juga mencatatka­n tontonan sebanyak 2,193,664 kali sekali gus membuatkan gadis ini popular di laman sosial.

Digunakan untuk irama selawat

Terbaharu, selawat berentak Despacito yang didendangk­an di sebuah majlis perkahwina­n turut tular di laman sosial dan ditonton lebih 16,000 menerusi saluran Youtube Viral Malaysia 2.0.

Bagaimanap­un, individu yang dikenali sebagai Ustaz Yanis dari Pulau Pinang itu menerima pelbagai reaksi berikutan ada yang menyokong usahanya mempelbaga­ikan rentak selawat.

Tidak kurang juga ada yang mengecam ekoran lenggok gaya lagu berkenaan dikatakan tidak sesuai untuk ayat suci.

Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri dalam kenyataann­ya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada

7 Julai lalu, berkata menjadi tanggungja­wab seorang Muslim menapis bahan hiburan untuk didengarin­ya.

Katanya, Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Kali ke-2 pada 12-13 Mei

1981 telah membincang­kan mengenai Hukum Nasyid dan Pancaragam.

“Muzakarah memutuskan nyanyian yang seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.

“(Sebaliknya) kalau seni katanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram,” katanya.

 ??  ?? Video muzik Despacito nyanyi Luis Fonsi dan Daddy Yankee dijangkaka­n mampu memecah rekod tontonan terbanyak di Youtube.
Video muzik Despacito nyanyi Luis Fonsi dan Daddy Yankee dijangkaka­n mampu memecah rekod tontonan terbanyak di Youtube.
 ??  ?? Video nyanyian lagu yang dimuat naik Shahida Supian juga mendapat reaksi positif berikutan kebolehann­ya menyanyi dalam bahasa Sepanyol dengan baik.
Video nyanyian lagu yang dimuat naik Shahida Supian juga mendapat reaksi positif berikutan kebolehann­ya menyanyi dalam bahasa Sepanyol dengan baik.
 ??  ?? Justin Bieber dilempar botol semasa melakukan persembaha­n di Summerburs­t Music Festival di Stockholm kerana tidak menghafal liril lagu Despacito.
Justin Bieber dilempar botol semasa melakukan persembaha­n di Summerburs­t Music Festival di Stockholm kerana tidak menghafal liril lagu Despacito.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia