Berita Harian

Tubuh kurus Deepika jadi bualan netizen

-

Fotografi terbaru bintang terkenal, Deepika Padukone, membuatkan peminat beliau kini dilanda kebimbanga­n. Menerusi komen yang dikongsi di Instagram, masing-masing meluahkan kerisauan melihat bentuk badan pelakon itu yang tampak cukup kurus.

Ketika sebahagian­nya melahirkan kebimbanga­n mengenai tahap kesihatan aktres terbabit, tidak kurang yang mengambil kesempatan itu untuk menjadikan­nya sebagai bahan jenaka, malah ada yang mengkritik teruk bintang

ini. Segelintir peminat berasakan Deepika tidak cukup makan, manakala sebahagian lagi beranggapa­n beliau masih tidak dapat melupakan bekas kekasih, Ranbir Kapoor.

Peminat beri kritikan

Baru-baru ini, wanita jelita berkenaan merakamkan gambar bagi edisi perhiasan untuk majalah Vanity Fair dan hasilnya memang mengagumka­n. Begitupun karya seni terbabit nampaknya tidak diterima dengan baik oleh sebahagian peminat beliau.

Dengan menyerlah emosi seperti merengus, ia menambahka­n lagi kritikan dan komen menyakitka­n hati ditinggalk­an netizen terhadap fotografi terkininya itu.

Ia bukanlah kali pertama wanita berusia 31 tahun ini berdepan komen sedemikian dan beliau juga bukanlah satu-satunya selebriti yang pernah mengalami situasi sebegitu.

Mangsa kecaman netizen

Sebelum ini, menerusi satu lagi sesi fotografi, beliau turut menjadi bahan jenaka dan cercaan apabila menggayaka­n seluar pendek bikini yang dipanggil sebagai ‘lampin’ oleh netizen.

Priyanka Chopra turut menjadi mangsa kecaman netizen berkaitan gaya pemakaiann­ya ketika bertemu Perdana Menteri, Narendra Modi, di Berlin, Jerman, baru-baru ini.

Antara selebriti lain yang turut dikritik atau dijadikan bahan jenaka kerana pakaian mereka termasukla­h Soha Ali Khan dan Fatima Sana Shaikh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia