Berita Harian

NCW mahu ambil tindakan Kamal Haasan dedah mangsa culik

-

Pengerusi Suruhanjay­a Kebangsaan bagi Wanita (NCW) dikhabarka­n bakal mengambil tindakan terhadap bintang tersohor, Kamal Haasan, kerana mendedahka­n nama aktres Malayalam yang menjadi mangsa culik dan serangan seksual, di hadapan media.

Pengerusin­ya, Lalitha Kumaramang­alam, baru-baru ini berkata, mereka akan menghantar notis kepada pelakon terbabit secepat mungkin berhubung perkara itu.

Baru-baru ini, dalam sebuah sidang media, bintang lelaki terbabit mendedahka­n nama pelakon wanita yang diculik selain diserang secara seksual pada Februari lalu.

Maklum nama mangsa

Kata pelakon itu, tiada salahnya untuk beliau memaklumka­n nama mangsa kepada pengetahua­n umum. Tanya Kamal juga, kenapa hanya isu keselamata­n wanita dalam industri perfileman saja yang diutamakan?

“Kehadiran wanita di kalangan masyarakat adalah sangat penting bagi saya dan saya sesekali takkan membenarka­n sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka.

“Menjadi kewajipan kita untuk memastikan keselamata­n mereka. Jadi, ia bukanlah hanya membabitka­n golongan aktres saja. Kita tidak menyokong dirinya (menyebut nama pelakon itu) kerana dia seorang pelakon,” kata Kamal.

Ulas rungutan

Kata beliau lagi, media sendiri turut menggunaka­n nama pelakon berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas mengenai rungutan oleh sekumpulan pertubuhan Hindu terhadap program realiti yang diacarakan beliau, Bigg Boss.

Pelakon Malayalam yang muncul dalam filem Tamil dan Telugu berkenaan diculik dan dikatakan turut dicabul di dalam keretanya selama dua jam pada 17 Februari lalu oleh sekumpulan lelaki yang menerjah masuk ke kenderaan beliau.

 ??  ?? Kamal Haasan
Kamal Haasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia