Berita Harian

Mangsa fitnah

Shakilla Khoriri dakwa ada artis sebar cerita tak betul, cuba sekat periuk nasi

-

Hampir sedekad berada dalam industri seni, namanya boleh dikatakan belum cukup menyerlah berbanding beberapa teman seangkatan mahupun mereka yang lebih baharu di bidang itu. Sedangkan, melihat pada pakej dan bakat dimiliki, Shakilla Khoriri tidak terkebelak­ang berbanding yang lain.

Ujar pelakon berusia 28 tahun ini, semua itu ada kena-mengena dengan fitnah dilemparka­n sesetengah pihak terhadap dirinya sehingga ada stesen penyiaran bagai sukar menerima namanya untuk diketengah­kan dalam produk siaran masing-masing.

Katanya, dek tindakan biadab segelintir pelakon yang iri hati, nama beliau sering kali digugurkan daripada membintang­i drama siaran TV berkenaan. Kononnya, beliau pelakon bermasalah yang pasti menyusahka­n produksi.

Tak kisah datang awal

Terkesan dengan tohmahan dilemparka­n padanya, Shakilla berusaha mendapatka­n penjelasan daripada pihak stesen TV berkenaan, yang enggan mengambiln­ya berlakon hampir dua tahun.

Tidak mahu menuding jari menuduh mana-mana pihak, Shakilla mengakui ada individu dalam kalangan artis yang tidak berpuas hati dengan dirinya, sehingga sanggup membuat tuduhan tidak berasas dalam usaha menyekat periuk nasinya.

“Saya tiada masalah dengan stesen TV lain, tetapi ada sebuah stesen yang agak susah untuk saya tembusi. Banyak yang bersuara dan bertanya, kenapa stesen TV berkenaan tak ambil saya berlakon?

“Ada orang yang mengenali saya memberitah­u, saya tak diambil kerana bermasalah disebabkan sering datang lambat dan ‘buat hal’ di set. Masalahnya, tak mungkin saya nak rosakkan periuk nasi sendiri sebab inilah saja sumber pendapatan saya ada dan saya sangat menjaganya.

“Sampai hari ini, saya tak pernah datang lambat. Kalau penggambar­an bermula jam 7 pagi, sebelum itu lagi saya sudah sampai ke lokasi. Malah, kalau babak saya pada sebelah petang, saya datang pagi pun tak kisah,” katanya.

Kecewa dengan sikap individu yang memburukbu­rukkan namanya, Shakilla tabah menghadapi dugaan itu. Pada masa sama, beliau juga enggan mengambil tindakan terhadap orang yang merosakkan karier seninya.

“Saya kecewa juga, tetapi apabila difikirkan semula, buat apa nak kecewa sebab rezeki lain ada lagi. Cuma, saya nak tahu kenapa? Kalau dakwaan itu betul, saya akan selesaikan perkara ini dengan pihak terbabit. Saya tiada masalah dengan stesen TV itu, cuma saya nak tahu sebab apa saya tak diterima berlakon?

“Bukan saya nak sangat berlakon dengan stesen terbabit, cuma saya mahu tahu sebabnya dan jika boleh, biarlah saya perbetulka­n keadaan.

Saya tak suka apabila ada isu yang membuatkan diri ini rasa tertanyata­nya. Kalau betul saya buat (salah), okay saya terima,” katanya.

Sila henti cerita tak betul

Mahu individu yang melemparka­n tuduhan negatif ke atas dirinya menghentik­an fitnah dan tidak menjadikan artis lain sebagai mangsa untuk menaikkan nama sendiri, Shakilla juga berharap pihak terbabit berubah dan insaf diri.

“Tak perlulah hendak menaikkan nama sendiri dengan merosakkan reputasi orang lain. Saya dengar, bukan saya seorang yang terkena. Saya juga tidak kenal individu itu, tetapi ada pihak memaklumka­n, dia juga seorang pelakon. Malah, dia turut memfitnah dengan mengatakan saya seorang yang panjang tangan.

“Saya sudah lama dalam industri dan punya simpanan sendiri, jadi tak perlu jadi pencuri. Saya tak syak sesiapa sebab saya tak nak tahu siapa dirinya. Apatah lagi industri kita ini kecil saja. Ke manapun, akan jumpa dia juga suatu hari nanti. Cukup sekadar dia tahu dan berubah agar jangan buat fitnah pasal orang lain,” katanya.

Mengelak daripada bermusuh dengan manamana artis, pelakon ini yang ditemui di set penggambar­an drama Karisma di Gombak, barubaru ini, berkata beliau lebih selesa berkawan dengan artis senior.

“Saya tak pernah buat jahat pada orang, sebaliknya saya cuba membantu menaikkan nama mereka sebab kita nak semua orang jadi bagus. Apabila kita buat baik, kita harapkan kebaikan yang datang pada kita, tetapi sebaliknya berlaku kepada saya.

“Saya jarang keluar dengan rakan artis sampai orang anggap saya sombong. Bukan sombong, tetapi saya takut jadi perkara macam ini. Saya lebih selesa bergaul dengan artis lama sebab kalau ada yang tak puas hati, mereka tak pendam, sebaliknya akan cakap depan-depan,” katanya.

Kahwin tahun ini

Akan melangkah ke gerbang rumah tangga dengan kekasih hatinya yang juga penyampai sebuah stesen radio, Fizi Ali, yang dijangkaka­n tahun ini, Shakilla mahukan sebuah majlis ringkas tetapi meriah.

“Insya-allah, tahun ini kami akan melangsung­kan perkahwina­n. Tarikh sudah ada, cuma tunggu selepas majlis pertunanga­n sebab sekarang ini saya sedang sibuk dengan penggambar­an.

“Dia seorang lelaki sangat bagus dan baik. Dia pun bukannya jenis yang mahu mengawal saya atau nak pantau ke mana saya pergi. Dia sebaliknya banyak memberikan nasihat, yang membuatkan saya semakin menyenangi dirinya,” kata Shakilla yang kini muncul dengan drama Cinta Di Langit Cardiff.

Saya tak pernah buat jahat pada orang, sebaliknya saya cuba membantu menaikkan nama mereka sebab kita nak semua orang jadi bagus” Shakilla Khoriri, Pelakon

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN/BH ] ??
[ FOTO OSMAN ADNAN/BH ]
 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ] ?? Shakilla ketika penggambar­an drama Karisma di Gombak.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ] Shakilla ketika penggambar­an drama Karisma di Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia