Berita Harian

Bintang malar segar

-

Datanglah seramai mana pun penyanyi angkatan baharu, dua penghibur bergelar

Datuk ini tetap mempunyai kedudukann­ya sendiri dalam arena seni suara tanah air.

Berada dalam liga mereka sendiri, Datuk Yusni Hamid dan Datuk Khadijah Ibrahim tetap relevan dalam industri hiburan dan kekal sebagai bintang malar segar.

Biarpun publisiti buat mereka tidak sekencang artis lebih muda dan sensasi, namun jadual kerja masingmasi­ng tidak pernah susut.

Tanpa ada tarikh luput dalam kerjaya, kedua-duanya terus menghulurk­an bakti dan jasa bagi menyuburka­n lagi dunia seni negara.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan, Yusni sehingga sekarang masih aktif memenuhi pelbagai undangan persembaha­n. Penyanyi bersuara gemersik ini juga antara pilihan utama penganjur apabila membabitka­n majlis korporat, golongan ternama mahupun acara diraja.

Menyanyi sebagai tanggung jawab

Yusni atau nama sebenarnya, Aisah Mohd Shariff, mula berkongsi bakat nyanyianny­a dengan orang ramai pada 1969 sebagai penyanyi di sebuah kelab eksklusif yang kini dikenali sebagai Kelab Taman Perdana

Diraja Kuala Lumpur.

“Memang saya tidak mampu hendak cakap, bila saya hendak berhenti daripada bidang ini. Darah seni itu nampaknya terus deras mengalir dalam diri.

Nanti, kalau saya cakap nak bersara dan tiba-tiba kembali menyanyi, pasti akan ada yang mengata pula.

“Pada masa sama, saya kini bukan sekadar menyanyi, malah turut terbabit dengan kerja kebajikan, kelas agama, selain menyertai kumpulan marhaban.

“Saya juga masih menerima undangan menjayakan acara rasmi, termasuk di istana. Tetapi, ia tidaklah sekerap dulu lagi,” akui

Yusni sambil menyatakan, baginya, nyanyian bukan setakat menyanyi sematamata, sebaliknya ia lebih bersifat tanggungja­wab.

Menyanyi di kelab

Mengimbas kerjaya nyanyianny­a di kelab yang pernah dikenali sebagai

Lake Club, selama sembilan tahun, Yusni sudah terbiasa membuat persembaha­n di depan golongan bangsa asing dan mereka yang kini sudah berjawatan tinggi.

Ketika itu, beliau hanya menyanyi dengan niat bekerja bagi mencari rezeki buat keluarga, tanpa terfikir langsung untuk bergelar artis.

“Waktu itu, kelab berkenaan memang menjadi tumpuan ramai kerana tidak banyak hotel yang wujud. Ketika itu, hotel yang ada boleh dibilang dengan jari, seperti Hotel Merlin dan Hotel Federal.

“Selepas sembilan tahun bekerja di situ, saya mencari angin baharu apabila berpindah ke Hotel Regent pula. Di sana, saya menyanyi di lounge pula.

“Tapi siapa sangka, ada hikmah lain yang menanti ketika berpindah ke tempat baharu. Saya mendapat tawaran menjadi artis rakaman apabila seorang kenalan berbangsa Inggeris mahu menaja saya menghasilk­an album. Album pertama saya, Ku Tak Mengerti, dirakamkan pada 1982.

“Sebelum itu, kira-kira sekitar 1978 pun saya sudah mula diundang menyanyi di istana, sehinggala­h kini.

Tidak ketinggala­n adalah undangan menjayakan persembaha­n untuk kakitangan kerajaan. Ketika itu kira pakejlah apabila pihak istana mengambil saya dengan barisan pemuzik dan katering sekali,” kata Yusni mengimbas memori lama.

Kenangan bersama P Ramlee

Diusik dengan pertanyaan dirinya agak jarang mendapat publisiti berbanding beberapa rakan seperjuang­an, Yusni mengaku sudah terbiasa dengan keadaan begitu.

“Media dulu pun lain berbanding sekarang. Kini, media pun sudah canggih kerana semuanya di hujung jari. Kalau zaman saya dulu, memang tak ada kamera.

Bayangkan, seumur hidup saya pernah jumpa sekali Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee, tetapi tak berpeluang mengabadik­an kenangan menggunaka­n kamera. Jadi ia tinggal memori di hati saja. Sekarang pun saya tak pandai guna laman sosial.

“Saya pula tidak berkecil hati dengan kekurangan publisiti. Alhamdulil­lah, rezeki saya tetap ada.

Ia sebenarnya tidak meninggalk­an apa-apa kesan. Selama menyanyi dulu pun, sesekali nyanyian saya ada dikongsi dalam ruangan aktiviti sana-sini artis, dalam surat khabar. Sekali-sekala adalah juga wartawan datang temubual,” kata Yusni sambil menguntumk­an senyuman mesra.

 ??  ?? Yusni Hamid
Yusni Hamid
 ??  ?? Khadijah Ibrahim, Penyanyi
Khadijah Ibrahim, Penyanyi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia