Berita Harian

Masih relevan dalam industri

Aaron terus jadi buruan penerbit, sedia jayakan watak sesuai usia

-

Menjangkau umur 41 tahun, ramai yang mula melihat aktor terkemuka, Aaron Aziz, sudah tidak lagi sesuai membawakan watak romantik. Kononnya, seiring dengan peralihan usia, bintang kelahiran Singapura itu perlu bersedia untuk menjayakan watak yang dilihat sesuai dengan kematangan dirinya sekarang.

Sebagai pelakon berpengala­man yang dikira sudah mempunyai tapak cukup kukuh dalam industri seni di Malaysia, perkara itu nyata tidak menjadi masalah besar buat Aaron sendiri.

Bahkan, beliau mengaku mampu menyesuaik­an diri dalam situasi sedemikian. Namun di sudut lain, Aaron memanjatka­n kesyukuran kerana di sebalik kehadiran ramai bakat baharu, beliau masih mampu mengekalka­n kedudukann­ya.

“Saya sememangny­a perlu bersedia andai kata suatu hari nanti saya sudah tidak relevan lagi dalam industri ini. Namun alhamdulil­lah, setakat ini tawaran berlakon yang diterima tidak pernah putus, baik daripada produksi tempatan mahupun luar negara.

“Saya percaya kepada rezeki yang ditetapkan oleh Allah. Sehingga kini saya masih lagi mempunyai tempat dan ruang untuk terus berkarya dalam bidang ini,” katanya.

Semakin tua semakin berharga

Bagi Aaron, bukanlah menjadi masalah andai pelakon berusia 40-an terus diberi peluang memegang watak hero atau karakter utama dalam drama mahupun filem.

“Di Hollywood, orang memperkata­kan mengenai hakikat semakin berusia seseorang pelakon, mereka semakin mendapat tempat dalam industri lakonan. Malah bayaran yang diterima juga semakin meningkat, seiring dengan pengalaman yang ada. Begitupun, sukar untuk kita membuat perbanding­an sebegitu dengan keadaan industri seni kita. Situasi kedua-duanya agak berbeza kerana industri perfileman di Hollywood cukup gah.

“Tetapi saya percaya, mungkin suatu hari nanti, perkara sama akan berlaku dalam industri seni tempatan sekiranya pihak yang berkenaan membuka mata mereka terhadap perkara ini.

“Malah jika dilihat kepada keadaan sekarang, semakin ramai pelakon yang sedikit berusia turut mendapat tempat dan terus diberikan kepercayaa­n membawakan watak utama dalam filem atau drama. Pengkarya harus lebih bijak untuk mencorak watak dan jalan cerita agar sesuai dengan usia pelakon,” katanya.

Mesti tinggal kesan

Sementara itu, Aaron juga berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima watak bapa dalam naskhah lakonannya. Namun, ayah kepada tiga cahaya mata itu tetap meletakkan syaratnya tersendiri.

“Sekiranya mula ditawarkan watak sebagai bapa, saya tiada masalah untuk menerimany­a. Namun, saya cuba untuk bersikap lebih selektif terhadap watak yang dipegang. Ia bukannya sekadar watak yang ringan, sebaliknya mampu meninggalk­an kesan kepada khalayak.

“Malah sekarang ini, saya sebenarnya sudah mula mengelak daripada menerima watak yang dilihat terlalu muda, namun tidaklah terlalu tua. Saya cuba mencari watak dalam lingkungan usia yang sesuai dengan umur sekarang,” katanya.

Filem baharu ditayang 27 Julai

Menyentuh produk baharu lakonannya, Aaron bakal muncul dengan filem adaptasi novel, Kau Yang Satu, yang akan ditayangka­n di pawagam seluruh negara bermula 27 Julai ini.

Naskhah terbitan Astro Shaw dan Global Station itu turut menggandin­gkan beliau buat julung kalinya bersama bintang yang semakin mencipta nama, Izara Aishah.

Sekarang ini, saya sebenarnya sudah mula mengelak daripada menerima watak yang dilihat terlalu muda, namun tidaklah terlalu tua. Saya cuba mencari watak dalam lingkungan usia yang sesuai dengan umur sekarang” Aaron Aziz, Pelakon

Selain mereka berdua, filem terbabit juga dibintangi oleh Hisyam Hamid, Soo Wincci, Amyra Rosli dan Wan Hanafi Su.

Kata Aaron, walaupun beliau pernah membintang­i naskhah adaptasi novel seperti

Ombak Rindu, namun pengalaman bekerja di bawah pengarah, Osman Ali, kali ini dianggapny­a cukup berbeza.

Bengkel lakonan yang diadakan bersama Ellie Suriaty pula membuatkan pelakon lebih bersedia apabila berada di set penggambar­an.

“Menerusi bengkel lakonan yang diadakan sebelum masuk ke set penggambar­an, pelakon mempunyai gambaran jelas terhadap babak yang ingin dilakonkan. Jadi, apabila berada di set, pelakon sudah bersedia sepenuhnya.

“Malah, dengan menjalani bengkel lakonan juga, pelakon mendapat keserasian yang jelas. Jadi, tidak timbul perasaan janggal untuk berlakon bersama, apatah lagi apabila membabitka­n babak romantik,” katanya.

Babak intim tak melampau

Kata Aaron juga, walaupun naskhah Kau Yang Satu adalah filem bercorak romantik, ia tetap memberi cabaran untuk beliau menjayakan­nya kerana sarat dengan babak penuh kemesraan.

“Walaupun banyak babak yang dilihat cukup intim, tetapi ia tidaklah melampau seperti dalam filem Hollywood, sebaliknya masih sesuai untuk tontonan orang Timur.

“Selain itu, teknik rakaman kamera juga penting bagi memberi gambaran terhadap sesuatu babak yang dilakonkan, agar melepasi suntingan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Malah sebagai pelakon, ada teknik tersendiri dilakukan bagi menjayakan adegan berpeluk. Paling penting, kita tidak me ngambil kesempatan terhadap pelakon wanita, sebaliknya bersikap profesiona­l dalam lakonan,” katanya.

Serasi dengan Izara

Kali pertama digandingk­an dengan Izara, 24, Aaron berasakan aktres muda itu antara pelakon yang cukup serasi dengan dirinya.

“Saya melihat Izara seperti seorang adik disebabkan perbezaan usia kami. Awalnya, saya agak janggal untuk melakonkan babak romantik dengannya. Namun, kesungguha­n lakonan yang ditonjolka­n oleh Izara membuatkan saya berasakan tidak adil sekiranya saya melakukan sekadar yang boleh.

“Jadi, masingmasi­ng sudah pun memberi lakonan yang terbaik dan kini kami berharap peminat dapat menyokong filem ini apabila ditayangka­n di

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ]
 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ?? Aaron berganding dengan Izara dalam filem Kau Yang Satu.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] Aaron berganding dengan Izara dalam filem Kau Yang Satu.
 ??  ?? Selain Aaron, Kau Yang Satu turut dibintangi Hisyam Hamid dan Soo Wincci.
Selain Aaron, Kau Yang Satu turut dibintangi Hisyam Hamid dan Soo Wincci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia