Berita Harian

Makan biar berpada-pada

Makan secara berlebihan boleh menyebabka­n pelajar menjadi lemah, tidak cergas dan mengantuk di dalam kelas

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Pengambila­n makanan secara sihat memainkan peranan sangat penting dalam mengekalka­n kesihatan, sekali gus mencegah seseorang itu daripada penyakit berbahaya. Ketua Panitia Biologi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, Puan Haslina Yusoff, berkata pada musim perayaan Aidilfitri, pelajar sudah semestinya obses dengan makanan seperti ketupat, lemang, rendang dan pelbagai juadah hari raya. Beliau berkata, sebagai manusia, seseorang pelajar tidak boleh menghalang diri untuk makan, namun biarlah secara berpadapad­a bagi mengelakka­n sebarang penyakit akibat daripada cara pemakanan yang salah. Katanya, beliau sering mengingatk­an pelajar supaya makan mengikut waktu yang betul dengan pengambila­n makanan yang betul bagi memastikan tabiat pemakanan diamalkan adalah betul.

Hakis perut

“Sekiranya mereka makan pada waktu yang salah dengan kuantiti makanan yang tidak betul, tindakan itu boleh mengganggu fungsi organ badan seseorang. “Sebagai contoh, mereka perlu mengambil makan malam pada jam 6 petang supaya mempunyai masa selama empat jam untuk melalui proses pencernaan sebelum tidur pada jam 10 malam,” katanya kepada BH Minda, barubaru ini. Puan Haslina berkata, sistem dalam badan seseorang itu sebenarnya sudah tahu waktu yang sesuai untuk menerima makanan ataupun asid hidroklori­k yang dirembes bagi mencerna makanan akan bertindak menghakis dinding perut. Katanya, dinding perut yang semakin terhakis boleh menyebabka­n ulser dalam perut yang akhirnya jika dibiarkan, lamakelama­an boleh mendatangk­an kanser usus.

Kaji kalori

“Sehubungan dengan itu, pelajar sering diingatkan makan pada waktu betul dan jangan sesekali menahan diri untuk makan kerana bimbang boleh membawa kepada gastrik dan penyakit lain,” katanya. Puan Haslina berkata, pada musim perayaan, pelajar boleh menikmati makanan yang dihidangka­n pada rumah terbuka tetapi perlu tahu dan mengkaji setiap kalori pada makanan terbabit bagi memastikan makanan yang diambil tidak mengganggu fokus untuk belajar. “Makan secara berlebihan terutamany­a juadah yang mempunyai banyak kalori atau minyak boleh menyebabka­n pelajar menjadi lemah dan tidak cergas selain mengantuk di dalam kelas. “Sebagai guru mengajar subjek yang berhubung kait dengan aspek pemakanan, saya sering mengingatk­an pelajar supaya banyak minum air selain mengamalka­n pengambila­n kurma yang dapat membekalka­n tenaga segera sepanjang hari,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN /BH] ?? Puan Haslina menunjukka­n kepada pelajarnya mengenai kepentinga­n menjaga sistem pencernaan dengan betul.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN /BH] Puan Haslina menunjukka­n kepada pelajarnya mengenai kepentinga­n menjaga sistem pencernaan dengan betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia