Berita Harian

Menari sejak usia 7 tahun

Nurdeena Yasmine warisi bakat datuk yang merupakan bekas penari di Istana Kedah

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

l

Walaupun sudah menceburi bidang tarian sejak tujuh tahun lalu, personalit­i BH

minggu ini, Nurdeena Yasmine Muhammad Fais, 13, sering diingatkan ibunya supaya tidak bangga diri.

Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia

Kuala Lumpur itu mula menceburi bidang tarian sejak di bangku sekolah rendah apabila terpilih menyertai pasukan tarian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Petaling, Petaling Jaya.

Bermula dengan cubaan menghadiri sesi pemilihan penari di sekolah berkenaan, Nurdeena Yasmine akhirnya aktif dalam bidang itu sehingga kini.

Permata tunggal dalam keluargany­a itu menyifatka­n darah seni dan bakat tarian mungkin diwarisi daripada datuknya, Yusof Ahmad, yang juga bekas penari di Istana Kedah, suatu ketika dahulu.

Sentiasa belajar

Beliau berkata, walaupun sudah lama menceburi bidang itu, ibunya, Lily Yusof, 42, sering mengingatk­an dirinya supaya tidak mudah bangga diri dan selesa dengan apa yang sudah dikecapi sekarang.

“Ibu adalah pengkritik hebat kerana dia tidak mahu saya mudah berasa selesa, sebaliknya sentiasa belajar dan mendalami ilmu tarian tanpa rasa jemu.

“Malah, ibu dan ayah adalah penyokong kuat hingga sanggup menghantar saya ke kelas asas tari dalam joget, inang dan zapin di bawah kendalian Pakngah Production sejak dari bangku sekolah rendah kerana mahu saya mengenali sejarah dan asal-usul tarian berkenaan,” katanya kepada BH

Minda, baru-baru ini.

Masuk Sekolah Seni

Disebabkan minat menebal dalam dunia tarian, dia memilih untuk melanjutka­n pengajian pada peringkat menengah di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur bagi mencapai cita-cita untuk bergelar seorang pensyarah dalam bidang tarian.

Demi merealisas­ikan citacita berkenaan, Nurdeena Yasmine yang kini tinggal di sekolah berasrama itu berusaha membahagik­an masa antara pelajaran dengan dunia tari sebaiknya.

“Pada waktu pagi, saya akan ke kelas seperti biasa dan sebelah petang akan fokus dengan latihan tarian kerana ibu sering mengingatk­an saya untuk fokus belajar ketika di dalam kelas dan memanfaatk­an sepenuhnya untuk menari ketika dalam kelas tarian.

“Sehubungan dengan itu, saya berpegang kepada nasihat ibu untuk berjaya dalam kedua-dua bidang,” katanya yang turut menjadi koreografe­r muda yang bertindak mengajar murid sekolah rendah dan tadika dalam bidang tarian.

 ??  ?? Minda
Minda
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia