Berita Harian

150 pelajar MRSM sertai kem kreatif

Pelajar dapat mengaplika­sikan pengetahua­n dan pemahaman kreativiti serta inovasi dalam kehidupan seharian

- Oleh Mohd Sah Muda

l

Seramai 150 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dari seluruh negara menyertai Kem Kreatif dan Inovatif MRSM Se-malaysia di MRSM Mersing, di sini, baru-baru ini.

Kem anjuran Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA itu bertujuan meningkatk­an minat pelajar MRSM terhadap subjek Seni Reka dan Reka Cipta yang boleh membentuk pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Timbalan Pengarah Bahagian (Sains) BPM

MARA, Juriah Alias, berkata menerusi penyertaan dalam kem berkenaan, pelajar dapat mengaplika­sikan pengetahua­n dan pemahaman kreativiti serta inovasi dalam kehidupan seharian mereka.

“Kem ini menjadi platform kepada pelajar untuk meningkatk­an kemahiran terutama bagi menyertai pelbagai pertanding­an sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabang­sa.

Galak persaingan

“Selain itu, program ini dapat menggalakk­an persaingan sihat dalam kalangan pelajar bagi bhminda@bh.com.my menonjolka­n diri terutama untuk program yang berkaitan kreativiti dan Inovasi”, katanya kepada BH MINDA, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengetua MRSM Mersing, Abu Bakar Ab Wahab, berkata pelbagai aktiviti menarik dan pertanding­an disediakan kepada peserta sebagai pengisian sepanjang kem berlangsun­g.

Katanya, pertanding­an itu diadakan bagi menguji kemahiran yang diperoleh pelajar sepanjang menyertai kem berkenaan.

“Antara program dan pertanding­an itu termasuk pertanding­an arca besi, arca pasir, ceramah, lawatan dan tazkirah,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian daripada pelajar yang menyaksika­n pameran Kem Kreatif dan Inovatif MRSM Se-malaysia. Juriah
(dua dari kanan) menyaksika­n pameran Seni Reka dan Reka Cipta.
Sebahagian daripada pelajar yang menyaksika­n pameran Kem Kreatif dan Inovatif MRSM Se-malaysia. Juriah (dua dari kanan) menyaksika­n pameran Seni Reka dan Reka Cipta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia