Berita Harian

Hilang isteri, anak dalam nahas

Anggota tentera nampak insan tersayang tersepit dalam MPV

- Oleh Ziauddin Sharuddin dan Kharul Najib Asarullah Khan

Guru Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin Koperal Mohd Hafhizuddi­n Mohd Halim mengucup mayat isterinya, Zubaidah Mahmood yang terbunuh dalam nahas membabitka­n MPV dan van pekerja di Jalan Air Kuning-batang Melaka, Gemencheh, semalam. Turut terbunuh anak pasangan itu Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan dan pemandu van.

Suasana pilu menyelubun­gi kawasan kemalangan di Kilometer 2.5 Jalan Air Kuningbata­ng Melaka, Gemencheh di sini, semalam, apabila seorang anggota tentera mengucup dahi isterinya yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya yang turut mengorbank­an anak pasangan itu.

Guru Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin di Gemas, Koperal Mohd Hafhizuddi­n Mohd Halim, 32, berkejar ke lokasi sebaik menerima maklumat kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dipandu isterinya terbabit dalam kemalangan jam 1.45 tengah hari.

Isterinya, Zubaidah Mahmood, 44, dan anaknya, Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan, meninggal dunia di lokasi.

“Saya lihat isteri dan anak tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarka­n oleh orang ramai. Ketika dikeluarka­n mereka sudah tiada (meninggal dunia),” katanya.

Kemalangan itu membabitka­n Nissan Serena dari arah Batang Melaka yang dipandu Zubaidah yang memasuki laluan bertentang­an sebelum bertembung dengan van Toyota Hiace dari arah Air Kuning.

Pemandu van, Mohamad Rosdi Musa, 30, turut terbunuh dalam kemalangan itu.

Sempat mandikan anak

Sebelum ke tempat kerja semalam, Mohd Hafhizuddi­n berkata, dia sempat memandikan Nur Rufaidah Izzati, yang mahu mengikutny­a ke tempat kerja.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika isterinya bersama Nur Rufaidah Izzati dan anak tirinya yang berusia 23 tahun dalam perjalanan pulang ke Gemas selepas menghantar seorang lagi anak tiri belajar di Melaka.

“Saya tidak tahu apa hendak cakap selepas kehilangan dua insan tersayang serentak. Saya reda dengan kejadian ini,” katanya sambil memberitah­u jenazah dua beranak itu dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tiong, Gemas, jam 10 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superinten­dan Hamazah Ab Razak, berkata tiga penumpang kenderaan itu parah iaitu seorang penumpang MPV dan dua penumpang van pekerja.

 ?? [ FOTO IHSAN BOMBA] ??
[ FOTO IHSAN BOMBA]
 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Keadaan kenderaan yang menyebabka­n 3 terbunuh termasuk dua beranak cedera di Jalan Air Kuning Batang Melaka Tampin, semalam. manakala empat lagi
[FOTO IHSAN BOMBA] Keadaan kenderaan yang menyebabka­n 3 terbunuh termasuk dua beranak cedera di Jalan Air Kuning Batang Melaka Tampin, semalam. manakala empat lagi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia