Berita Harian

KAHWIN TAK SAMPAI SEHARI BERCERAI

Terengganu catat lebih 3,000 kes perceraian setahun

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Bercerai dalam tempoh 24 jam adalah tempoh perkahwina­n paling singkat direkodkan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST).

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata pasangan berusia di antara 26 hingga 30 tahun dikesan paling ramai bercerai dengan kebanyakan­nya pasangan berkahwin kurang lima tahun.

Perkahwina­n kurang 5 tahun

Beliau berkata, fasa perkahwina­n belum matang dalam tempoh lima tahun, menyebabka­n ramai pasangan memilih perpisahan sebagai penyelesai­an masalah yang sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaksef­ahaman dan kewangan.

“Pasangan berusia antara 26 hingga 30 tahun itu paling ramai bercerai dengan kadar 19.3 peratus, diikuti pasangan 31 hingga 35 tahun (18.6 peratus) dan 17.2 peratus bagi pasangan berusia antara 21 hingga 25 tahun.

“Daripada segi jantina pula, 67 peratus yang memohon perceraian di mahkamah adalah wanita, manakala 33 peratus difailkan lelaki,” katanya di sini, semalam.

Wan Mohd Zakri mengakui, ada beberapa kes perceraian yang direkodkan berpunca kerana masalah suami gila seks, selain ketidaksef­ahaman di antara pasangan kerana bekerja syif.

“Memang tidak dinafikan kes ini berlaku tetapi kebanyakan­nya tidak direkodkan dalam afidavit sokongan, sebaliknya berbangkit ketika soal balas prosiding di hadapan hakim.

Tak tahan suami gila seks

“Lebih menyedihka­n, ada wanita yang memfailkan perceraian kerana tidak tahan sikap suami yang gila seks sehingga ke tahap mencederak­an anggota sulit dan fizikalnya semata-mata mahu membangkit­kan syahwat,” katanya.

Beliau berkata, rekod juga menunjukka­n, walaupun pasangan warga emas lazimnya dikaitkan mempunyai persefaham­an tinggi kerana tempoh perkongsia­n hidup yang lama, perceraian dalam kalangan mereka masih berlaku apabila 5.1 peratus pasangan yang bercerai berusia di antara 61 hingga 86 tahun.

Katanya, Terengganu menduduki tangga kelima berbanding 13 negeri lain yang merekodkan kadar perceraian paling tinggi sejak 2015.

“Secara purata, Terengganu merekodkan antara 10,000 hingga 11,000 kadar perkahwina­n setiap tahun. Perceraian pula membabitka­n lebih 3,000 pasangan setiap tahun,” katanya.

Daripada segi jantina pula, 67 peratus yang memohon perceraian di mahkamah adalah wanita, manakala 33 peratus difailkan lelaki” Wan Mohd Zakri Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie Terengganu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia