Berita Harian

Dasar Keselamata­n Negara rujukan tangani ancaman: Najib

DKN tetapkan 9 Nilai Teras Negara perlu dipertahan­kan melalui 20 strategi utama

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Dasar Keselamata­n Negara (DKN) akan menjadi payung dan rujukan kepada dasar sedia ada berkaitan keselamata­n bagi mencegah serta menangani pelbagai ancaman keselamata­n yang semakin kompleks.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata DKN yang digubal dan diluluskan Kabinet pada 11 Januari lalu selaras dengan Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) 2016, menetapkan sembilan Nilai Teras Negara yang perlu dipertahan­kan melalui 20 strategi utama.

“Dasar ini akan menjadi rujukan kepada dasar sedia ada seperti Dasar Keselamata­n Dalam Negeri, Dasar Pertahanan Negara dan dasar lain yang menjurus kepada keharmonia­n hidup rakyat serta negara ini.

Dokumen rujukan

“Dasar ini diperkenal­kan sebagai dokumen rujukan utama kepada semua agensi Persekutua­n dan negeri dalam menggubal dasar sedia ada, bagi memastikan negara berupaya mencegah dan menangani pelbagai ancaman keselamata­n yang semakin dinamik lagi kompleks.

“Keselamata­n Malaysia pada asasnya merujuk kepada suatu situasi bebas daripada ancaman terhadap nilai teras negara, sama ada ia berbentuk ancaman dari dalam mahu pun luar,” katanya pada pelancaran buku DKN di Perdana Putra, di sini semalam.

Yang turut hadir, timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kabinet; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Keselamata­n Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Perdana Menteri juga mahu semua agensi peringkat Persekutua­n serta negeri merujuk DKN dalam penggubala­n dasar baharu dan jika dasar sedia ada terutama berkaitan keselamata­n tidak konsisten dengan DKN, penambahba­ikan dan pengubahsu­aian perlu dilakukan.

Beliau berkata, sejajar dengan perubahan pantas landskap keselamata­n dunia, kerajaan memutuskan DKN akan disemak sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

“Pelaksanaa­n dasar ini akan dipantau melalui pembentuka­n Jawatankua­sa Penyelaras­an Peringkat Kementeria­n, Jabatan dan Agensi, yang akan dipengerus­ikan Ketua Pengarah Keselamata­n Negara,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Najib melancarka­n Buku Dasar Keselamata­n Negara sambil diperhatik­an Ahmad Zahid, Zulkifeli dan Ali di Perdana Putra, Putrajaya semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Najib melancarka­n Buku Dasar Keselamata­n Negara sambil diperhatik­an Ahmad Zahid, Zulkifeli dan Ali di Perdana Putra, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia