Berita Harian

CEO, pegawai Zakat Pulau Pinang tak mengaku salah

-

Butterwort­h: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Dr Azman Abdul Samat, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tiga pertuduhan menerima barangan berharga berupa jam tangan di antara 2010 hingga 2015.

Azman, 50, membuat pengakuan terbabit sejurus pertuduhan dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri, di hadapan Hakim, Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Berdasarka­n pertuduhan, Azman didakwa menerima jam tangan Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada pemilik syarikat MNI Venture, Ros Suriyati Alang, yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya di kediaman bernombor 1048, Mukim 2, Permatang Rambai, Permatang Pauh, pada 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Azman didakwa menerima jam tangan Tissot Touch bernilai RM2,000 daripada pemilik syarikat Al Global Trading, Ashari Ismail, di Pejabat ZPP dekat Bukit Mertajam, di antara 2011 hingga 2015.

Didakwa terima jam tangan

Seterusnya, Azman didakwa menerima jam tangan Roscani Paris bernilai RM750 daripada pemilik syarikat Safa Murni Enterprise, Zaiyusri Ibrahim, di kedai makan berhampira­n Pejabat ZPP Seberang Perai Tengah, pada tahun 2015.

Bagi setiap pertuduhan, Azman yang diwakili peguam bela Mohamed Reza Rahim, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Dia dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, sebelum sebutan semula ditetapkan pada 21 Ogos ini.

Dalam prosiding berasingan, Ketua Bahagian Pengurusan Pembanguna­n Kualiti Asnaf Dan Ekonomi ZPP, Mohd Wardi Ramli, 35, turut mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan menggunaka­n jawatannya mendapatka­n suapan apabila mengesyork­an Syarikat Al Global Trading untuk tugas perbekalan kepada ZPP di antara tahun 2015 hingga 2016.

 ??  ?? Pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang mengiringi Azman ke mahkamah atas tuduhan rasuah.
Pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang mengiringi Azman ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia