Berita Harian

Kerajaan kaji perkenal cukai jalan fleksibel

Insentif kepada pemilik kenderaan, pemandu berhemah

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Kementeria­n Pengangkut­an sedang mengkaji pelaksanaa­n kadar cukai jalan fleksibel sebagai insentif kepada pemilik kenderaan dan pemandu berhemah di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata syor itu mengambil contoh manfaat liberalisa­si insurans kenderaan bermotor yang mampu menyediaka­n kadar insurans lebih rendah kepada pemandu dengan rekod baik.

Justeru, katanya, sistem kadar cukai jalan fleksibel boleh menjadi salah satu contoh usaha kerajaan memberi insentif kepada pemandu berhemah mendapatka­n penguranga­n cukai jalan.

“Jika insurans boleh memperkena­lkan dasar lebih baik, mengapa tidak kerajaan? Mungkin bukan sekarang, tapi kita (kerajaan) boleh kaji berikan insentif kalau kereta itu disahkan lebih selamat.

“Selain itu, kaji dari segi penggunaan jalan raya kerana sudah ada teknologi seperti Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) untuk kita tahu berapa kali kereta itu dipandu di jalan raya.

“Mungkin nanti, lebih kerap kenderaan digunakan di jalan raya, lebih besar cukai jalan yang perlu dibayar atau lagi kurang kereta itu dipandu di jalan raya, lebih rendah cukai jalannya,” katanya.

Teknologi ADAS

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n majlis memeterai kerjasama di antara Atilze Digital Sdn Bhd (Altize Digital) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) untuk penyelesai­an sambungan pintar kenderaan menerusi peranti Atilze Connected Car.

Ketika ini, beberapa negara maju khususnya Singapura, melaksanak­an sistem kadar cukai jalan yang berbeza, tertakluk kepada jenis penggunaan sama ada harian atau hujung minggu.

Tiong Lai berkata, teknologi ADAS yang terbukti memberi banyak manfaat, kini diguna pakai secara meluas di negara maju seperti Korea Selatan, Jepun, dan Singapura.

Jika insurans boleh memperkena­lkan dasar lebih baik, mengapa tidak kerajaan?” Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkut­an

 ??  ?? (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck; Pengasas Green Packet Bhd, Puan Chan Cheong, Tiong Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif, Atilze Digital Sdn Bhd, Gerard Lim pada majlis menandatan­gani perjanjian antara U Mobile dan Atilze di...
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck; Pengasas Green Packet Bhd, Puan Chan Cheong, Tiong Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif, Atilze Digital Sdn Bhd, Gerard Lim pada majlis menandatan­gani perjanjian antara U Mobile dan Atilze di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia