Berita Harian

Graduan DVM layak mohon UA, swasta

Perjelas persoalan status hala tuju lulusan Kolej Vokasional

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin dan Mohd Idris Sulaiman

Graduan cemerlang Diploma Vokasional Malaysia (DVM) lulusan Kolej Vokasional (KV) berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dan swasta dengan syarat mesti memperoleh sekurang-kurangnya 3.33 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik dalam Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Selain itu, graduan terbabit perlu memperoleh PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 3.67, kepujian Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)-SVM dan kompeten dalam semua modul vokasional.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementeria­n Pendidikan (KPM), Zainuren Mohd Nor, berkata surat kelulusan yang memberikan laluan pelajar DVM melanjutka­n pengajian dikeluarka­n oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) pada 6 Jun lalu itu membolehka­n graduan lulusan KV membuat permohonan ke universiti tempatan tanpa perlu bekerja terlebih dahulu.

Penuhi keperluan tenaga kerja

“Matlamat penubuhan KV adalah bagi memastikan 70 peratus graduan akan keluar bekerja bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam pelbagai sektor, manakala selebihnya bagi pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian pada peringkat universiti atau menjadi usahawan.

“Bagaimanap­un, pelajar yang tidak memenuhi syarat dinyatakan itu perlu memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua tahun dan mendapat sijil Program Akreditasi Pembelajar­an Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

BH sebelum ini melaporkan mengenai graduan lepasan KV tidak boleh melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda walaupun memiliki DVM kerana UA tidak mengiktira­f diploma terbabit.

Program semakin popular

Terdahulu, Zainuren merasmikan Karnival Voktek Kebangsaan ke-20 di Universiti Teknologi MARA (UITM) cawangan Perak di Seri Iskandar, kelmarin.

Beliau berkata, laluan itu secara tidak langsung merungkai kebimbanga­n sebilangan ibu bapa dan masyarakat terhadap status serta hala tuju graduan KV selepas tamat pengajian diploma.

“Sebanyak 90 peratus atau 1,800 lepasan pertama graduan DVM sudah bekerja dalam pelbagai industri, manakala 10 peratus lagi melanjutka­n pengajian ke peringkat diploma tinggi dan menjadi usahawan.

“Ini membuktika­n program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) ini semakin popular dan kian diminati pelajar negara ini, lebih-lebih lagi peluang pekerjaan yang meluas dengan tawaran gaji lumayan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia