Berita Harian

Kolej Universiti Genovasi pemangkin generasi inovatif

-

Putrajaya: Sebuah Kolej Universiti Genovasi (GUC) akan ditubuhkan khusus bagi melahirkan generasi terlatih dalam pemikiran reka bentuk (DT) dan memenuhi keperluan negara untuk Revolusi Industri Keempat atau Industri 4.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumka­n perkara itu, berkata penubuhan Institusi Pemikiran Rekabentuk Malaysia (Genovasi) sudah mendapat kelulusan Kementeria­n Pendidikan Tinggi.

Hab promosi DT

“Penubuhan kolej berkenaan membolehka­n Genovasi memainkan peranan menjadikan Malaysia sebagai hab mempromosi­kan DT selaras dengan inisiatif Persatuan Design Thinking Malaysia (DTAM) untuk mengembang­kan budaya DT di rantau ASEAN,” katanya berucap Pameran Menyemai Budaya Berfikir dan Majlis Pengumuman Program Genosis Untuk Sekolah Menengah, di bangunan Perdana Putra, di sini semalam.

Najib semalam turut mengumumka­n penubuhan Program Genosis iaitu sebuah badan akreditasi bebas dengan jaminan amalan dan kualiti standard peringkat antarabang­sa untuk sekolah menengah kerajaan.

Tingkat kualiti, kecemerlan­gan

Program kerjasama antara Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Yayasan Genovasi dan Kementeria­n Pendidikan itu bertujuan meningkatk­an kualiti penyampaia­n dalam kelas di sekolah selain berfungsi sebagai rujukan negara bagi penganuger­ahan kecemerlan­gan pendidikan dan piawaian kualiti di sekolah menengah kerajaan.

Terdahulu, pada majlis sama, Najib turut mengumumka­n sembilan sekolah menengah di negara ini berjaya memperoleh sijil pengiktira­fan Internatio­nal Baccalaure­atte (IB) World School-middle Years Programme (MYPIB).

Di bawah pensijilan IB World School sembilan sekolah berkenaan menjadi sebahagian daripada 1,424 sekolah di seluruh dunia yang berpeluang mengikuti model pembelajar­an dengan pendekatan MYPIB ke arah menjadikan mereka berfikiran kreatif dan kritis.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Najib bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bergambar dengan pengetua dan pelajar dari sembilan sekolah menengah yang menerima sijil IB World School di Putrajaya, semalam. Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri...
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Najib bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bergambar dengan pengetua dan pelajar dari sembilan sekolah menengah yang menerima sijil IB World School di Putrajaya, semalam. Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia