Berita Harian

Mak Intan pastikan 600 anjing jagaan disuntik vaksin

Haiwan diberi antibiotik, diasing elak dijangkiti wabak

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Halijah Idris, 70, yang menguruska­n pusat perlindung­an haiwan terbiar di sini, sentiasa memastikan 600 anjing jalanan yang dijaganya diberi suntikan vaksin bagi mengelak wabak termasuk rabies atau penyakit anjing gila.

Lebih dikenali Mak Intan, Halijah yang mengambil alih menguruska­n Pak Mie Shelter selepas kematian suami, Muhammad Azmi Isma, 58, dua tahun lalu, berkata beliau memang menitikber­atkan kebersihan dan kesihatan haiwan.

Pernah bertugas di bahagian perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mak Intan berkata, semua haiwan peliharaan­nya dijaga sebaik mungkin termasuk anjing yang diberi suntikan vaksin secara berdisipli­n dengan kos mencecah RM70 seekor.

Jaga ‘anjing kurap’

“Apabila kesihatan haiwan dilihat secara serius, wabak sukar merebak walaupun anjing yang saya jaga adalah ‘anjing kurap’ dikutip dari tepi jalan. Saya hairan ada yang biar anjing mereka tanpa suntikan vaksin walaupun hanya bela satu dua atau ekor sahaja.

“Mereka seronok membela tapi sayangkan duit untuk mendapatka­n suntikan vaksin berkala, malah memandang ringan aspek kebersihan dan kesihatan haiwan peliharaan,” katanya ketika ditemui di Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, semalam.

Halijah yang menjaga dan merawat anjing sakit sehingga haiwan terbabit sihat, berkata pengalaman bertugas di bahagian perubatan menjadikan­nya peka dengan sikap haiwan.

Beri antibiotik

“Anjing yang menunjukka­n perubahan pada najis dan suhu akan diberi antibiotik sebelum diasingkan. Saya juga sentiasa berhubung dengan doktor haiwan dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) untuk memastikan rawatan betul diberikan.

“Sejak awal tahun ini, kira-kira 300 anjing jagaan saya sudah menerima suntikan vaksin bagi mencegah penyakit anjing gila. Bakinya akan menerima suntikan daripada JPV pada 28 Julai ini,” katanya.

 ?? FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Halijah bersama sebahagian 600 anjing yang ditempatka­n di Pak Mie di Alor Setar, semalam.
FOTO AMRAN HAMID/BH] Halijah bersama sebahagian 600 anjing yang ditempatka­n di Pak Mie di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia