Berita Harian

Dr M pemimpin pembangkan­g Melayu ‘boneka’ DAP

DAP miliki jumlah kerusi majoriti berbanding PPBM hanya ada satu

- Oleh Nadia Hamid

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa ‘boneka’ dalam struktur kepemimpin­an pembangkan­g kerana Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang adalah ketua sebenar.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad, berkata begitu juga pemimpin pembangkan­g Melayu yang dinobatkan dalam struktur baharu pakatan pembangkan­g itu.

Beliau berkata, parti Dr Mahathir hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pembangkan­g sebanyak 38 kerusi.

“Maka secara realiti, Kit Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka.

Sembunyi kuasa DAP

“Sebagaiman­a senarai pemimpin pembangkan­g yang diumum terdiri daripada orang Melayu, ia sebenarnya menyembuny­ikan kuasa dan kawalan sebenar DAP,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada 13 Julai lalu, pakatan pembangkan­g mengumumka­n struktur kepemimpin­an baharu yang diterajui Dr Mahathir selaku pengerusi; Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pkr-ketua umum); Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR- presiden).

Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara) sebagai timbalan presiden.

Tengku Sariffuddi­n berkata dakwaan Dr Mahathir yang juga pengerusi pembangkan­g sebagai ‘top dog’ pembangkan­g dan setaraf Perdana Menteri adalah satu ilusi, tidak realistik dan sengaja mahu menipu rakyat.

Katanya, hakikatnya ketua sebenar pembangkan­g adalah Kit Siang, seorang yang tidak kelihatan dalam carta kepemimpin­an mereka.

Mengenai cabaran Dr Mahathir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Debat Nothing To Hide 2.0 anjuran sayap pemuda PPBM, katanya Dr Mahathir juga tidak pernah berbuat demikian ketika era pemerintah­annya.

“Selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau juga tidak pernah mengadakan debat ‘town hall’ bersama musuh politiknya,” katanya.

Sebagaiman­a senarai pemimpin pembangkan­g yang diumum terdiri daripada orang Melayu, ia sebenarnya menyembuny­ikan kuasa dan kawalan sebenar DAP” Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia