Berita Harian

Enam anggota lantikan RCI berkredibi­liti tinggi

KES KERUGIAN AKIBAT URUS NIAGA MATA WANG ASING OLEH BNM SEKITAR 1990-AN

-

Johor Bahru: Enam anggota Ahli Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an disifatkan mempunyai kredibilit­i tinggi.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Abd Aziz Kaprawi, berkata mereka yang dilantik itu juga berkemahir­an, sekali gus diyakini mampu menyelesai­kan isu kerugian mata wang asing yang sudah menjadi pengetahua­n umum.

“Saya mengalu-alukan pelantikan ini kerana mereka ada kredibilit­i dan kemahiran, saya yakin mereka boleh selesaikan masalah ini kerana rakyat nak tahu apa yang berlaku dan ia tidak boleh lagi disembunyi­kan.

“Oleh kerana ia sudah menjadi satu isu, jadi kita perlu telus kepada rakyat,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesye­n Netherland­s Maritime Institute of Tenchnolog­y (NMIT) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor di sini, semalam.

Abd Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri berhubung penubuhan RCI berkuat kuasa Sabtu lalu selepas mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Dapat perkenan Seri Paduka

Yang di-pertuan Agong juga memperkena­nkan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Pengerusi suruhanjay­a berkenaan.

Lima yang lain ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young, K Pushpanath­an dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia