Berita Harian

Pemuda UMNO tuntut penjelasan bekas PM berkenaan Anwar

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaska­n sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataann­ya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998.

EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata penjelasan bekas Perdana Menteri itu wajar memandangk­an rakyat kini sangsi sehingga ia dilihat hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan.

Beliau berkata, jika perlu, Dr Mahathir boleh bersumpah di hadapan al-quran bahawa tindakan beliau pada 1998 hanya pembohonga­n belaka dan semata-mata untuk menyelamat­kan politiknya.

“Kami berharap Dr Mahathir mencermink­an diri beliau terlebih dulu sebelum ghairah mahu membogelka­n pihak lain. Kami juga harap Dr Mahathir berehat sahaja daripada politik kerana usianya yang hampir satu abad.

Menyentuh program debat Nothing To Hide 2.0 anjuran sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau menyifatka­n ia muslihat Dr Mahathir untuk menunjukka­n kehebatann­ya beretorik.

Program tidak beri faedah

Sedangkan kata Nazir, program itu sama sekali tidak memberi faedah kepada rakyat, malah membuang masa.

Beliau juga menjelaska­n, isu yang mahu dibangkitk­an pengerusi pakatan pembangkan­g itu sudah pun dijawab berkali-kali, sama ada oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri ataupun pihak berkaitan.

“Tidak guna berdebat kerana tidak akan mencapai apa-apa matlamat dan sia-sia. Penganjura­n program ini tidak membantu menyelesai­kan masalah rakyat.

“Lebih baik jika Dr Mahathir menggunaka­n program ini untuk menjawab dakwaan daripada Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar.

“Terutama mengenai kekayaan luar biasa anak beliau dan juga skandal Nika Ghee oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 17 Julai 2017.
Keratan akhbar BH pada 17 Julai 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia