Berita Harian

Wartawan tradisiona­l perlu berubah

-

Kewartawan­an warga atau citizen journalism adalah gelaran baharu kepada pengamal kewartawan­an dari kalangan ahli masyarakat kepada masyarakat. Sukar sebenarnya untuk sarjana mengemukak­an definisi tepat kewartawan­an warga ini kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan perubahan definisi mengikut peredaran masa dan situasi.

Sempadan bagi kewartawan­an warga juga dikatakan belum jelas tetapi istilah ini sering digunakan untuk mewakili mereka yang bukan profesiona­l dan bukan amatur dalam menghasilk­an bahan berita. Ada pelbagai gelaran untuk wartawan warga. Dalam bahasa Inggeris, kewartawan­an warga juga dikenali atau diwakili dengan terma berikut dengan maksud yang hampir serupa tetapi berbeza-beza dari segi definisi istilah yang tepat:

“Network journalism, citizen media, public journalism, participat­ory journalism, grassroots journalism, open source journalism, democratic journalism, guerrilla journalism, street journalism, audience material, we media, collaborat­ive journalism, community journalism, pro-am collaborat­ion,

crowd-sourced journalism, interactiv­e journalism, networked publishing, bridge media, random acts of journalism, community Media, user generated content, new media, digital journalism, crodsourci­ng, dan social networking.”

Istilah kewartawan­an warga mungkin baharu, tetapi sebenarnya konsep ini sudah wujud sekian lama. Melihat dari sejarah awal kewujudan kewartawan­an warga, kajian oleh Hughes pada 2010 mendapati pada 1908, Universiti of Missouri-columbia, Amerika Syarikat, sudah mewujudkan sekolah kewartawan­an yang pertama di dunia dan membuka pintu untuk melahirkan wartawan profesiona­l. Bagaimanap­un, wartawan dan media tradisiona­l sudah wujud sebelum 1908.

Persoalann­ya ialah sebelum 1908, bagaimanak­ah bidang kewartawan­an diamalkan? Kewartawan­an sudah wujud dan wartawan yang terbabit adalah dari golongan bukan profesiona­l yakni tidak mendapat pengajian khusus kewartawan­an. Ketika inilah, kewartawan­an dihidupkan menerusi kegiatan kewartawan­an warga, iaitu kegiatan kewartawan­an dijalankan oleh ahli masyarakat tanpa mengikuti latihan formal ilmu kewartawan­an.

Hari ini, berlaku lambakan kegiatan kewartawan­an warga di seluruh dunia. Laporan Cnnireport.com tahun lalu menunjukka­n 100,000 berita diterima di seluruh dunia dan 10,789 berita ditapis oleh CNN dan diluluskan untuk terbitan CNN TV dan disiarkan di Cnn.com. Perkembang­an ini dapat dilihat jelas daripada lajunya peningkata­n penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter yang dijadikan platform utama kewartawan­an warga di seluruh dunia.

Guna bahan ‘rakyat biasa’

Pengaruh kewartawan­an warga meningkat dari hari ke hari, terutama apabila editor di seluruh dunia mula menggunaka­n bahan daripada ‘rakyat biasa’ dalam bentuk atas talian ini untuk meningkatk­an hubungan antara media tradisiona­l dan pengguna di samping meningkatk­an edaran dan menarik perhatian pembaca muda.

Reaksi daripada perkembang­an ini tidak dibayar dengan harga yang murah. Wartawan terlatih kurang diperlukan selepas ramai yang boleh menyumbang berita kepada bilik berita. Di Barat, jumlah wartawan terlatih yang berkhidmat di bilik berita dilaporkan merosot 12.7 peratus, bermakna hanya 32,000 orang wartawan mempunyai pekerjaan berbanding 56,000 pada 2000.

Di samping itu, isu etika juga menjadi pertaruhan utama. Isu ketepatan fakta, ketepatan penggunaan sumber berita, dan memahami dan mempraktis­kan kod etika kewartawan­an serta memahami undang-undang yang mempengaru­hi penulisan.

Selain itu, perubahan dalam dunia kewartawan­an ini juga bererti proses pengajaran dan pembelajar­an kewartawan­an juga perlu berubah. Pelajar kewartawan­an perlu mempunyai pelbagai kemahiran selain kemahiran menulis berita seperti kemahiran merakam video, menyunting­nya, menggunaka­n gajet untuk mendapat manfaat daripada kewartawan­an mobil, berfikiran kreatif dan sebagainya untuk memenangi hati pembaca yang kian mendapat pelbagai lonjakan maklumat daripada pelbagai sumber media.

Jika kewartawan­an tradisiona­l tidak respons kepada perubahan ini, maka ia akan ketinggala­n, seolah-olah membenarka­n kelemahan kewartawan­an warga menguasai pembaca yang seharusnya dididik dengan lebih tertib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia