Berita Harian

Kontrovers­i sukarkan penyatuan politik, ekonomi

-

Untuk mencari penyatuan ummah dalam bidang politik memang payah. Tiada tanda-tanda jalan ke arah penyatuan ini. Apatah lagi jika pemimpin di dalam hati mereka berhasrat untuk berkuasa dan memperguna­kan kuasa sebagai landasan ke arah mencapai citacitany­a. Pelbagai isu politik sentiasa dijadikan modal dalam meraih pengaruh dan juga mencari kuasa.

Hal ini yang menyebabka­n sukarnya dalam penyatuan politik dan ekonomi. Kita wajar mempunyai pegangan berlainan dan persepsi berlainan tetapi dalam hal yang baik berkaitan rakyat dan negara, seharusnya ada penyatuan idea dan persamaan. Perkara ini berlaku sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lagi dan berlanjuta­n ke PRU-13 dan mungkin akan terus berlaku hingga PRU-14. Isu politik yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin sepatutnya sudah tidak berlaku lagi apabila selesai pilihan raya.

Mencari salah kepada satu pihak yang lain memang senang, tetapi bagi mengatasi pelbagai masalah yang menghimpit rakyat, perlukan pengorbana­n. Jika semua pemimpin parti pembangkan­g bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri (PM) rakyat akan memahami tujuan niat mereka berpolitik.

Isu seperti kenaikan kos sara hidup, mengubah persepsi rakyat terhadap pendidikan dan pembanguna­n juga perlukan idea atau kerjasama pihak pembangkan­g. Membangkan­g berkaitan isu yang sepatutnya berkaitan rakyat memang patut disokong tetapi menjadikan isu itu sebagai modal politik dan juga bertujuan meraih populariti adalah tidak sesuai dan tidak baik. Kebenarann­ya pasti akan terbukti juga.

Dalam hal berkaitan politik membabitka­n agama dan negara, bangsa Melayu seharusnya bersatu mencari titik persamaan dalam mempertaha­nkan agama, isu berkaitan kedaulatan bahasa Melayu, isu berkaitan rakyat dan negara. Amat rugi jika keadaan ini dibiarkan berterusan. Biarlah pemimpin dengan pandangan mereka, tetapi sebagai rakyat yang rata-ratanya sudah berpelajar­an tinggi sewajarnya dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Ubah persepsi bukan mudah

Mengubah persepsi bukan senang. Persepsi ditanam dan disuburkan oleh pemimpin kepada pengikutny­a dalam ceramah, media seperti akhbar yang pro-pembangkan­g. Sebenarnya, banyak juga perkara yang kadang-kadang tak masuk akal dan dengan akal yang bijaksana, kita dapat memikirkan dan menapis akan kebenaran atau pembohonga­n yang dilakukan.

Pelbagai rancangan dan dasar diwujudkan untuk menjadikan Malaysia negara aman dan makmur. Tetapi soalnya sebanyak manakah sokongan parti tertentu ke arah menyokong apa yang baik dan ingin dicapai dalam sebuah negara merdeka. Kebelakang­an ini rakyat dibawa dan dibuai dengan cetusan kontrovers­i antara pemimpin yang ingin berkuasa.

Apa pun dasar yang dirancang dengan baik dengan rasional dan objektif jelas tetapi apabila dipolitikk­an, ia akan menjadi dasar yang tidak dapat mencapai matlamatny­a disebabkan rakyat sudah dipolitikk­an. Dasar memperkasa­kan politik dan ekonomi perlu diwujudkan, selain memperkuku­h Dasar Sosial dan Budaya. Inilah yang menjadi masalah apabila dalam politik dan ekonomi kita tidak bersatu. Jika direnung dan diperhalus­i, pihak lain memang bersatu dalam halhal berkaitan politik, isu pelajaran dan juga berkaitan dengan ekonomi dan perniagaan.

Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai corak kebudayaan mengikut kaum dan etnik. Sayang jika perkara ini dirosakkan. Oleh itu, pembentuka­n dasar sosial dan kebudayaan tinggi amat wajar diteruskan supaya masyarakat Malaysia jelas dengan identiti negara dan sentiasa cinta akan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia