Berita Harian

‘Osborne Street’ lesu

Medan Selera Taman Kanakkanak yang satu ketika popular kini tidak terurus

- Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh

Smedan selera itu kini semakin suram serta kelihatan tidak terurus dan kotor.

Pengunjung, Shazlan Mohd Hanafiah, 32, yang kerap mengunjung­i medan selera itu bersama keluarga sebelum ini, mengakui kini sudah tidak berminat menjejakka­n kaki ke situ.

Apa lagi yang boleh diperkatak­an selain daripada kotor, busuk dan sangat menjijikka­n.... sedang asyik menjamu selera terpandang pula tikus sebesar anak kucing sedang berlari-lari di atas siling dan bawah meja seperti kawasan itu jadi tempat menternak tikus pula.

Tak berani bawa keluarga

“Melihat keadaan sekarang saya memang tidak berani untuk membawa keluarga makan di situ selain bimbang melepaskan anak bermain di kawasan taman permainan yang gelap dan suram pada waktu malam,” katanya ketika ditemui.

Shazlan berkata, lebih mengecewak­an apabila beliau pernah melihat ada peniaga yang mengambil mudah dengan menuang minyak atau sisa makanan ke dalam longkang berdekatan sehingga membuatkan longkang itu tersumbat dan lapisan minyak kelihatan bertakung.

“Longkang yang berada di sekeliling­nya memang berbau dan kotor, rasanya ia memang sudah sekian lama tidak pernah dibersihka­n dan diselengga­ra,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nurul Wahyuwi Kamarulzam­an, 32, berkata dia tidak berani melepaskan anaknya bermain alat permainan yang ada di kawasan itu kerana kebanyakan kemudahan itu sudah rosak.

“Taman tempat kanak-kanak bermain juga sudah banyak yang rosak dan kotor manakala alas lantainya juga banyak yang terkopak dan berlubang menyebabka­n air mudah bertakung dan ini memudahkan kanak-kanak mendapat penyakit atau cedera ketika bermain di situ,” katanya.

Katanya, sebagai pelanggan beliau turut kecewa dengan kebanyakan kemudahan di medan selera itu yang sudah rosak dan tidak diselengga­ra dengan baik.

Banyak kemudahan rosak

“Ruang solat yang ada bersebelah­an tandas juga sempit dan kotor, tandas yang rosak pula dibiarkan tidak diselengga­ra dengan air yang menitik selain dinding yang pecah.

“Kerusi dan meja di setiap kedai makan pula banyak yang sudah rosak dan tercabut.

“Di dalam visi Tourism Malaysia memaklumka­n, TKK adalah antara tempat lawatan pengunjung. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan kerajaan negeri perlu prihatin untuk membangunk­an semula kawasan warisan dan ‘trademark’ Ipoh ini,” katanya.

 ??  ?? Gelandanga­n tidur di ruang alat permainan yang disediakan di Medan Selera Taman Kanak-kanak yang terletak di antara Jalan Tahwil Azhar dan Jalan Raja Musa Aziz Ipoh.
Gelandanga­n tidur di ruang alat permainan yang disediakan di Medan Selera Taman Kanak-kanak yang terletak di antara Jalan Tahwil Azhar dan Jalan Raja Musa Aziz Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia