Berita Harian

Kedai banyak tutup punca pelanggan lari

-

Pengunjung Ipoh: Medan Selera Taman Kanakkanak (TKK) di sini bukan sahaja perlu dinaik taraf, malah diberi perhatian dalam beberapa aspek lain termasuk penguatkua­saan ketat oleh pihak berwajib supaya nilai sentimenta­l yang ada padanya kekal.

Pengunjung, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi, 43, berkata difahamkan terdapat lebih 40 tapak gerai perniagaan di situ yang disewakan, namun hampir separuh daripadany­a tidak beroperasi menyebabka­n medan selera itu tidak lagi semeriah dulu.

Dakwanya, ada juga penyewa yang bertindak ‘mengalibab­akan’ gerai disewa dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan menyewakan gerai berkenaan kepada orang lain pada kadar sewa lebih tinggi.

“Pihak berwajib terutama MBI perlu menjalanka­n penguatkua­saan dengan lebih tegas, kita tidak mahu berlaku situasi peniaga yang hanya membayar sewa tetapi tidak membuka kedai dan pihak yang berwajib hanya menutup mata melihat keadaan ini.

“Saya juga dimaklumka­n sewa bulanan memang murah dan ini dapat membantu kalangan miskin bandar dan mereka yang benar-benar mahu berniaga, tetapi ada pula peniaga mengambil kesempatan mengamalka­n ‘Ali Baba’ dengan memberi sewa yang lebih tinggi daripada sepatutnya kepada peniaga lain,” katanya.

Abdul Salim Putera berkata, baginya TKK kini seperti sudah hilang identitiny­a sebagai tempat tumpuan.

“Pihak yang menjaga tempat itu (TKK) perlu menganjurk­an program sekurang-kurang sebulan sekali bagi menghidupk­an kembali kawasan itu.

Perlu ada inisiatif penambahba­ikan struktur

“Saya berharap pihak berwajib dapat mengadakan inisiatif penambah baikan struktur bagi menceriaka­n kembali dan menjadikan kawasan itu lebih mesra pengunjung,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Ahmad Nizam Abdullah, 45, pula berkata selain meningkatk­an tahap keceriaan, beliau berharap pihak berwajib perlu mengambil perhatian bagi meningkatk­an tahap keselamata­n di TKK.

Katanya, kemudahan yang tidak diselengga­ra dengan baik selain kebanyakan kedai makan ditutup menjadikan suasana di kawasan itu semakin suram pada waktu siang mahupun malam.

“Situasi ini memberi ruang dan mengundang gelandanga­n mahupun penagih dadah berkeliara­n dan bermalam di ruang taman permainan.

“Kita berharap TKK dapat dibangunka­n semula dan pihak berwajib turut memberi peluang kepada peniaga kecil-kecilan untuk berniaga di sekitarnya.

“Melalui cara ini kawasan berkenaan akan bertambah ceria malah pengunjung dan penduduk juga akan mempunyai lebih banyak pilihan tempat untuk beriadah di bandar raya ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia