Berita Harian

Penjawat awam perlu latihan khas elak jadi ‘wartawan jadian’

Sikap tidak bertanggun­gjawab antara punca maklumat sulit kerajaan bocor

- Oleh Haryani Ngah, Faris Fuad dan Azzman Abdul Jamal

Wartawan jadian dalam kalangan penjawat awam wujud kerana sikap tidak bertanggun­gjawab selain kurang memahami etika penggunaan media sosial, menjadi antara punca mereka membocorka­n maklumat sulit kerajaan kepada orang ramai.

Berikutan itu, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda mencadangk­an kerajaan mewajibkan kursus atau latihan khas kepada penjawat awam terutama kakitangan baharu sebelum mereka mula bertugas di jabatan masing-masing, dengan penekanan penekanan terhadap etika penggunaan media sosial serta kesan menyebarka­n maklumat rahsia.

“Ini supaya penjawat awam lebih peka terhadap amanah yang diberikan kepada mereka. Sudah banyak kali kerajaan memberi nasihat mengenai perkara ini (sebar maklumat rahsia), tetapi ada dalam kalangan mereka memandang remeh terhadap nasihat itu,” katanya ketika dihubung semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rencana muka sepuluh BH semalam yang ditulis oleh Felo Penyelidik Kanan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr Abdul Gapar Abu Bakar bahawa wujud ‘wartawan jadian’ dalam kalangan 1.59 juta penjawat awam yang bertindak pantas tanpa berfikiran waras untuk menyampaik­an perkara yang dibincangk­an dalam perkhidmat­an kepada khalayak sebagai berita sensasi yang mudah menjadi viral.

Menurut Abdul Gapar, kira-kira 60 peratus anggota perkhidmat­an awam adalah pegawai yang lahir dalam julat 1980-an hingga 2000, dikenali juga sebagai Generasi Y, manakala selebihnya Generasi X dan Baby Boomers.

Tak pasti jumlah sebenar

Azih yang mengakui kewujudan ‘wartawan jadian’, bagaimanap­un tidak pasti jumlah sebenar anggota perkhidmat­an awam, yang terbabit membocorka­n rahsia kerajaan melalui pelbagai platform seperti Whatsapp, twitter, telegram, istagram atau facebook.

“Tidak dinafikan kebanyakan penjawat awam terdiri daripada generasi Y, suka menggunaka­n media sosial. Keadaan ini boleh menyebabka­n rahsia kerajaan tersebar. Sudah banyak kali kerajaan memberi nasihat mengenai perkara ini (sebar maklumat rahsia), Presiden CUEPACS tetapi ada dalam kalangan mereka memandang remeh terhadap nasihat itu.

“Kini media sosial menjadi medium utama orang ramai meluahkan perasaan masing-masing, dan penjawat awam tidak terkecuali dalam perkara itu,” katanya.

Buang kerja

Ditanya jika kerajaan perlu mewujudkan tindakan yang lebih berat dalam menangani isu ini, beliau berkata, tindakan membuang kerja sudah memadai.

“Kadang-kadang mereka (penjawat awam) tidak sengaja berbuat demikian, sebab itu penting mereka perlu sentiasa diingatkan mengenai amanah yang diberikan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), Datuk Seri Zainal Rahim Seman ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penyebaran maklumat rahsia kerajaan oleh penjawat awam.

Katanya, ia berdasarka­n maklumat individu berkenaan yang dikemas kini sejak tiga bulan lalu.

“Dua, tiga bulan ini memang tiada laporan (penyebaran maklumat rahsia kerajaan) diterima. Saya tidak mahu komen lanjut kerana isu itu tidak berbangkit,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan ahkbar BH semalam
Keratan ahkbar BH semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia