Berita Harian

Jenazah ADUN Lenggeng dikebumi

Allahyarha­m Ishak meninggal akibat serangan jantung

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, 66, yang meninggal dunia malam kelmarin, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Genting dekat Pantai di sini, petang semalam.

Kira-kira 500 orang daripada kalangan ahli keluarga dan saudara mara serta kenalannya, termasuk pemimpin politik, hadir memberi penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m pada jam 2.30 petang.

Terdahulu, jenazahnya disembahya­ngkan sebanyak dua kali iaitu di Masjid Kariah Taman Paroi Jaya serta Masjid Kariah Pantai di sini.

Perdana Menteri ziarah jenazah

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menziarahi jenazahnya di rumah kakak Allahyarha­m, Asnah Salleh, 69, di Taman Rashidah Utama, Senawang di sini, pada jam 10.30 pagi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam; Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek; Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias dan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Allahyarha­m meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah pada jam 11.25 malam kelmarin.

Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pantai selepas tiga bulan menyertai parti pada 1976.

Beliau kemudian dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Seremban pada 1988 dan turut terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan dan EXCO Pemuda UMNO pada tahun yang sama.

Selepas tujuh tahun menjadi Ketua UMNO Bahagian Seremban, beliau bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pantai dan kemudian di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak, sebelum melanjutka­n ke Universiti Liverpool, England dalam bidang juruukur bangunan.

Ishak juga adalah anak Malaysia pertama pulang ke tanah air, membawa tiga kelulusan profesiona­l, iaitu sijil penilaian hartanah dan juruukur bahan serta ijazah dalam bidang juruukur bangunan dari universiti itu pada 1975.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Datin Norimah Ujang menyiram air mawar di pusara suaminya, Allahyarha­m Ishak (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam Genting, Pantai, Negeri Sembilan, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Datin Norimah Ujang menyiram air mawar di pusara suaminya, Allahyarha­m Ishak (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam Genting, Pantai, Negeri Sembilan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia