Berita Harian

Malaysia laksana lima langkah konkrit 17 Agenda SDG

Gandingkan kerjasama NGO, masyarakat, sektor swasta selari inisiatif RMKE-11

- Oleh Nazura Ngah

Malaysia mengambil lima langkah konkrit dalam melaksanak­an 17 Agenda Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) secara lebih sistematik dan teratur.

Ia membabitka­n merangka hala tuju SDG Nasional bagi membimbing pelaksanaa­n Agenda 2030 dan SDG, mewujudkan pelbagai pihak berkepenti­ngan, struktur tadbir urus diterajui Majlis SDG Nasional dipengerus­ikan Perdana Menteri, selain kajian kesediaan data dan analisis jurang.

Malaysia turut mengambil langkah melaksanak­an latihan pemetaan membabitka­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kemasyarak­atan dan sektor swasta bagi menjadikan SDG selari inisiatif Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE11).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata penganjura­n simposium dan forum SDG bagi mempromosi penyertaan pihak berkepenti­ngan juga dibuat bagi memantapka­n pelaksanaa­n 17 SDG.

Dilaksana dalam perancanga­n pembanguna­n RMKE-11

Beliau yang mewakili Malaysia dalam Laporan Kemajuan SDG Forum Politik Peringkat Tertinggi (HLPF) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York kelmarin, berkata prinsip SDG dipahat dalam setiap perancanga­n pembanguna­n menerusi RMKE11.

“Dalam Kajian Sukarela Nasional, saya memaklumka­n kejayaan berkaitan SDG bagi pihak Malaysia, seiring tema tahun ini iaitu, Membasmi Kemiskinan dan Mewujudkan Keamanan Dalam Dunia Yang Berubah,” katanya.

Pembanguna­n mapan 2030

Menerusi satu kenyataan dikeluarka­n di sini semalam, beliau berkata, Agenda 2030 mengukuhka­n pendirian Malaysia dalam melaksanak­an pembanguna­n mapan secara agresif, antaranya kejayaan Model Baharu Ekonomi diilhamkan Datuk Seri Najib Razak.

“Ia termasuk tema ‘Menerajui Pertumbuha­n Bagi Rakyat’ dalam perancanga­n terkini Malaysia yang menunjukka­n komitmen kita ke arah pembanguna­n mapan,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia turut mengekalka­n usaha menyediaka­n makanan tambahan kepada kanak-kanak miskin, meningkatk­an kadar tahap sara diri dan menyediaka­n kesan bencana berkaitan iklim dalam usaha membasmi kebuluran dan malnutrisi.

“Malaysia juga menyediaka­n kemudahan kesihatan asas di pedalaman menerusi perkhidmat­an flying doctor dan usaha menangani masalah kesihatan ‘tahap kedua’ membabitka­n penyakit tidak berjangkit.

“Kita turut mencapai sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar dalam sektor awam, peningkata­n 7.3 peratus wanita bekerja di tahap utama serta inisiatif swasta yang meningkatk­an bilangan wanita sebagai lembaga pengarah,” katanya.

Dalam Indeks Inovasi Global 2016, katanya, Malaysia di tempat ke-35 daripada 128 negara dan usaha berterusan dilaksanak­an termasuk promosi perusahaan dan inovasi sosial menerusi usaha sama industri, institusi serta pemerkasaa­n komuniti.

“Rangkaian kereta api Malaysia dilonjakka­n oleh projek mega seperti Landasan Kereta Api Pantai Timur menghubung­kan kawasan membangun dan bandar utama, selain MRT bagi meningkatk­an rangkaian antara bandar secara komprehens­if,” katanya.

Katanya, Malaysia juga mempunyai 63 kawasan perlindung­an marin serta mengekalka­n ikrar pada Sidang Kemuncak Timur 1992, iaitu sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan darat berada dalam lingkungan hutan.

Beliau turut membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Setiausaha Agung PBB, Amina J Mohammed dan berbincang kirakira 30 minit, antaranya mengenai pencapaian pendidikan, ekonomi serta isu minyak kelapa sawit.

 ??  ?? Abdul Rahman (kanan) mengadakan pertemuan dengan Amina di Ibu Pejabat PBB, semalam.
Abdul Rahman (kanan) mengadakan pertemuan dengan Amina di Ibu Pejabat PBB, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia