Berita Harian

Jawatankua­sa khas perkasakan Mahkamah Syariah

-

Kota Bharu: Kerajaan akan menubuhkan jawatankua­sa khas yang disertai pelbagai pihak, termasuk ahli politik dalam usaha memperkasa­kan Mahkamah Syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata sudah tiba masanya jawatankua­sa khas itu ditubuhkan bagi membincang­kan langkah pemerkasaa­n Mahkamah Syariah yang lebih holistik, membabitka­n semua pihak yang berkenaan dan berkepenti­ngan.

Daulat agama rasmi

“Usaha ini penting untuk mengharmon­ikan semula suasana, agar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara terus didaulatka­n dan kepentinga­n umat Islam terus terjaga tanpa menjejaska­n hak dan kedudukan masyarakat bukan Islam di sisi Perlembaga­an.

“Penubuhan jawatankua­sa khas ini akan dibincangk­an dengan Perdana Menteri terlebih dahulu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bertanggun­gjawab menyelia penubuhann­ya.

“Jika dilihat sebelum ini, banyak pindaan sudah dilakukan termasuk membabitka­n Akta 355 sehingga masyarakat tidak memahami perkara berkenaan. Justeru, menerusi jawatankua­sa berkenaan ia mampu memberi pencerahan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya, sempena Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama (KESUMMA) Peringkat Kebangsaan. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ditanya berhubung jawatankua­sa teknikal hudud peringkat pusat yang sudah ditubuhkan sebelum ini, Jamil Khir berkata, jawatankua­sa terbabit berbeza dengan jawatankua­sa yang akan ditubuhkan kerana yang sedia ada itu tidak menyeluruh.

 ?? [FOTO ZAMAN HURI ISA/BH] ?? Jamil Khir (kiri) menyerahka­n piala dan bendera Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan kepada Ahmad Yakob di Kota Bharu, semalam.
[FOTO ZAMAN HURI ISA/BH] Jamil Khir (kiri) menyerahka­n piala dan bendera Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan kepada Ahmad Yakob di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia