Berita Harian

Bayi perlu RM70,000 rawat injap jantung bocor

Lo Rene tak mampu bernafas seperti biasa, menyusu guna tiub

- Oleh Yusra Adibah Zakaria

Seorang bayi berusia setahun memerlukan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan untuk menyelamat­kan nyawanya yang mengalami masalah kebocoran injap jantung.

Bayi malang itu, Joelle Lo Ren dari Bukit Rimau, Shah Alam dikesan mengalami masalah berkenaan ketika lima bulan dalam kandungan yang menyebabka­n darah gagal mengalir menerusi saluran injap jantungnya.

Bapanya, Lo Chee Hong, 42, berkata kos yang diperlukan adalah sebanyak RM70,000 bagi membiayai pembedahan di Hospital Gleneagles, di sini.

“Masalah itu menyebabka­nnya tak mampu bernafas seperti biasa, perlukan bantuan oksigen, selain terpaksa menyusu menggunaka­n tiub,” katanya ketika ditemui di Hospital Gleneagles, semalam.

Tak mampu tanggung kos

Chee Hong kini menganggur kerana terpaksa berhenti kerja selepas diarah berpindah ke Johor, manakala isteri, Lee Po Ling, 38, yang berniaga kecil-kecilan tidak mampu menyediaka­n wang untuk menanggung kos pembedahan.

Pasangan berkenaan berharap bayi mereka dapat menjalani pembedahan yang diperlukan seberapa segera dan pulih serta membesar seperti kanak-kanak normal lain.

“Kami sangat berharap dia dapat pulih dan hidup seberapa lama yang boleh dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan kepada Media Prima NSTP Humanitari­an Fund menerusi akaun Maybank atau cek.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Chee Hong menemai Lo Rene yang mengalami masalah kebocoran injap jantung di Pusat Perubatan Gleneagles.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Chee Hong menemai Lo Rene yang mengalami masalah kebocoran injap jantung di Pusat Perubatan Gleneagles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia