Berita Harian

Bomba salur RM26,500 Tabung Rohingya Media Prima

-

Putrajaya: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam menyerahka­n sumbangan RM26,500 kepada Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima.

Sumbangan disampaika­n Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar kepada Ketua Biro BH Putrajaya, Magendran Rajagopal sempena majlis sambutan Aidilfitri JBPM, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim serta Pengerusi Biro Kebajikan dan Kebudayaan jabatan itu yang juga Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Abdul Wahab berkata, jumlah berkenaan diperoleh hasil kutipan daripada warga JBPM seluruh negara selama empat bulan, selain tabung diletakkan di setiap balai bomba untuk orang ramai menderma.

Katanya, ini bukan kali pertama JBPM mengutip dana seumpamany­a kerana pernah mengumpul sejumlah RM15,000 untuk membantu mangsa perang di Bosnia sebelum ini.

Sasaran awal RM15,000

“Pada asalnya kami menetapkan sasaran RM15,000 untuk mengisi tabung Rohingya ini, sama seperti kami lakukan untuk Tabung Bosnia. Alhamdulil­lah, sumbangan diterima melebihi jangkaan,” katanya.

Sumbangan bagi membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa keganasan di Myanmar boleh disalur ke akaun 5642-7652-2630 (Maybank), Maybank2u.com, pindahan wang melalui ATM, talian perbankan Kawanku, deposit tunai atau cek di mesin Maybank atau kaunter Maybank.

Sumbangan melalui cek perlu dibuat atas nama Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima kepada Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima, Tingkat 1, Anjung Riong, 31 Balai Berita, Jalan Riong 59100, Bangsar, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-2724 8959/8957 atau layari www.mediaprima.com.my/donate-for-rohingya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Noh menyerahka­n repilka cek Tabung Kemanusian Rohingya RM 26,500 sumbangan JBPM kepada Magendran di Putrajaya, semalam. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique dan Wan Mohd...
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Noh menyerahka­n repilka cek Tabung Kemanusian Rohingya RM 26,500 sumbangan JBPM kepada Magendran di Putrajaya, semalam. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique dan Wan Mohd...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia