Berita Harian

62 ahli Geng 04 kena tahan

-

Kuala Lumpur: Seramai 62 orang dipercayai ahli kongsi gelap Geng 04 termasuk beberapa pemimpin kanan ditahan dalam serbuan besarbesar­an oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, sejak kelmarin.

Serbuan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) menerusi Operasi Cantas Khas itu hasil maklumat dan perisikan terhadap kumpulan terbabit yang aktif melakukan jenayah terancang.

Selain kegiatan gengsteris­me dan kongsi gelap, mereka yang ditahan dikesan aktif dalam jenayah dadah, bunuh, mendatangk­an kecederaan parah, merusuh serta terbabit dalam pemerasan.

Tawar perlindung­an

Sumber memberitah­u, kegiatan lain yang turut dilakukan kumpulan terbabit adalah menawarkan perlindung­an keselamata­n secara haram dengan meminta bayaran wang perlindung­an bagi mengelak ancaman daripada kumpulan kongsi gelap lain.

“Mereka kumpulan yang berbahaya dan mampu mengancam keselamata­n orang awam serta mana-mana pihak yang cuba mengganggu kegiatan jenayah mereka,” kata sumber itu.

Mereka kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sumber itu memberitah­u, pembabitan mereka diperkukuh­kan lagi berdasarka­n maklumat yang diperoleh dari ahli kumpulan kongsi gelap yang ditahan sebelum ini termasuk sekumpulan pelajar yang ditahan di Klang, Selangor pada pertengaha­n April lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, merakamkan penghargaa­n kepada JSJ berikutan kejayaan menahan 62 individu terbabit menerusi akaun Twitter miliknya, semalam.

 ??  ?? Kenderaan dipercayai milik ahli kumpulan kongsi gelap dirampas dalam serbuan Ops Cantas Khas di sekitar Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, bermula malam semalam.
Kenderaan dipercayai milik ahli kumpulan kongsi gelap dirampas dalam serbuan Ops Cantas Khas di sekitar Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, bermula malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia