Berita Harian

Kerani syarikat terkejut menang Bezza

Rozita jadi pemenang utama Promosi Raya Home Direct Shopping 2017

- Oleh Nadia Hamid nnadia@bh.com.my Kuala Lumpur

Seorang kerani, Rozita Halim, 47, menerima hadiah hari raya apabila diumumkan sebagai pemenang utama yang membawa pulang sebuah PERODUA Bezza sempena Promosi Raya Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) 2017.

Beliau yang menetap di Pulau Pinang menerima kereta itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Yeap Leng Leng serta Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan dan Penghargaa­n Pelanggan Best Products, Ahmad Md Isa, di sini semalam.

Promosi berlangsun­g pada 15 Mei hingga 15 Jun lalu dianjurkan HDS, syarikat penyedia perkhidmat­an pesanan mel eksklusif yang menawarkan pelbagai produk runcit di bawah jenama Best Products.

Pilih sendiri warna kereta

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini, lebih-lebih lagi diberi peluang memilih sendiri warna kereta iaitu hitam metalik. Biasanya, orang dapat duit raya pada musim perayaan tetapi saya dapat kereta raya.

“Lebih menggembir­akan, bonus berserta cukai jalan dan insurans ditanggung sepenuhnya selama setahun. Jadi, hari raya kali ini paling bermakna dalam hidup saya,” kata Rozita.

Sementara itu, Leng Leng berkata, kereta menjadi keperluan semua terutama ketika musim perayaan dan syarikatny­a membuat keputusan menghadiah­kan sebuah kereta untuk kempen promosi berkenaan.

“Kempen Promosi Kesembilan Best Products masih berlangsun­g dengan tarikh akhir penyertaan pada 31 Julai ini. Pelbagai tawaran hebat menanti pemenang dengan tawaran hadiah utama, wang tunai RM150,000,” katanya.

Saya amat gembira dengan kemenangan ini, lebih-lebih lagi diberi peluang memilih warna kereta. Biasanya, orang dapat duit raya pada musim perayaan tetapi saya dapat kereta raya” Rozita Halim, Kerani

 ??  ?? Rozita bersama Ahmad (kiri) dan Leng Leng pada majlis penyampaia­n hadiah utama peraduan HDS di tapak pameran PERODUA Kuala Lumpur, semalam.
Rozita bersama Ahmad (kiri) dan Leng Leng pada majlis penyampaia­n hadiah utama peraduan HDS di tapak pameran PERODUA Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia