Berita Harian

SKOMK dibenar ceburi perniagaan runcit, borong

-

Teluk Intan: Koperasi 0rang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad mendapat kepercayaa­n Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) bagi menjalanka­n perniagaan pemboronga­n dan peruncitan.

Aktiviti terbaru diceburi koperasi itu adalah di bawah HIPER (High Performing and Enhancemen­t Co-0perative Programme).

Pengerusi SKOMK, Kasim Muhammad, berkata pihaknya menerima bantuan modal RM1 juta daripada SKM bagi membangunk­an perniagaan runcit untuk 20 koperasi di Perak yang akan dilaksanak­an secara berperingk­at mulai akhir tahun ini.

Pusat pengedaran

“Peluang keemasan ini meletakkan SKOMK berstatus pusat pengedaran dan pembekalan unggul untuk koperasi di Perak,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-84 SKOMK di sini.

Kasim berkata, SKOMK juga terpilih antara 17 koperasi di Perak menjadi peneraju program Myfarm Outlet Kasih bagi perniagaan barang basah seperti sayursayur­an, ikan, ayam, buah-buahan tempatan dan import.

Ketika ini, katanya, SKOMK sudah membuka pasar mini ‘Coop Mart’ yang menyediaka­n barang keperluan harian untuk penduduk di Taman Melor, berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

SKOMK yang diasaskan pada 13 0ktober 1924 mempunyai 3,951 ahli, termasuk 1,914 wanita dengan yuran terkumpul Rm29.5juta. Tahun lalu, ia memperoleh pendapatan kasar RM12.11 juta dan keuntungan bersih RM1.5 juta.

Koperasi berkenaan menjalanka­n lapan aktiviti perniagaan iaitu kredit, pemboronga­n/peruncitan, kontrak bekalan, pertanian, pelaburan, kepengguna­an dan pajak gadai Islam Ar-rahnu di Teluk Intan dan Seri Manjung.

SKOMK juga memiliki tanah 30 hektar di Jalan Changkat Jong yang akan dimajukan secara usaha sama dengan Universiti Pendidikan Sultan ldris bagi membangunk­an 131 unit banglo dan rumah teres yang dijangka siap 2020.

 ?? [FOTO ABU BAKAR AL-SIDEK/BH] ?? Koperasi 0rang Melayu Kerajaan Perak Berhad di Jalan Mahkota Teluk lntan.
[FOTO ABU BAKAR AL-SIDEK/BH] Koperasi 0rang Melayu Kerajaan Perak Berhad di Jalan Mahkota Teluk lntan.
 ??  ?? Kasim Muhammad
Kasim Muhammad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia