Berita Harian

Melaka komited perbanyak projek rumah mampu milik

108 unit kediaman dibina di Alor Gajah, Melaka Tengah untuk rakyat berpendapa­tan rendah

- Oleh Norizzah Baharudin

Kerajaan Melaka akan membina 801 unit rumah mampu milik dan 1,482 unit rumah bercampur di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah bagi membantu penduduk berpendapa­tan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.

Projek di Kuala Sungai Sungai Baru dan Rembia di Alor Gajah serta Krubong, di sini akan dibangunka­n agensi kerajaan dan pemaju swasta dalam tempoh terdekat yang dijangka siap pada 2019.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata projek bernilai keseluruha­n RM912.6 juta di kawasan seluas 68.9 hektar itu membabitka­n pembanguna­n 153 unit rumah di Sungai Baru Iiir, Kuala Sungai Baru serta 2,130 unit di Rembia dan Krubong.

Minta pemaju bekerjasam­a

“Saya minta lebih banyak pemaju melaksanak­an projek usaha sama pembanguna­n rumah mampu milik sejajar fokus kerajaan negeri membantu golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana mendapatka­n kediaman selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) di antara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan syarikat pemaju, Mega 3 Housing Sdn Bhd serta PB Realty Sdn Bhd, di sini semalam.

LPM diwakili Pengarah Eksekutifn­ya, Saleh Md Dom, manakala Mega 3 Housing dan PB Realty diwakili pengarah masing-masing, Datuk Tan Gee Swan dan Datuk Poh Geok Seng.

Rumah teres mampu milik di Sungai Baru Iiir ditawarkan pada harga RM135,000 untuk Bumiputera, manakala RM141,667 seunit untuk bukan Bumiputera.

Sebanyak 648 RMM di Krubong dan Rembia ditawarkan pada harga RM120,000 hingga RM150,000 seunit, manakala rumah bercampur pada harga RM520,384.

“Semua projek rumah mampu milik dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi. Setakat ini, sebanyak 818 unit RMM siap dibina, 3,279 unit masih dalam pembinaan dan 8,512 unit lagi dalam perancanga­n,” katanya.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Idris (tengah) menyaksika­n penyerahan replika cek RM775,850.75 daripada Gee Swan kepada Saleh (dua dari kanan) di Ayer Keroh, semalam.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Idris (tengah) menyaksika­n penyerahan replika cek RM775,850.75 daripada Gee Swan kepada Saleh (dua dari kanan) di Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia