Berita Harian

Pemilik premis diberi 3 bulan selenggara eskalator

-

Johor Bahru: Pemilik premis atau pengurusan bangunan di negeri ini diberi tempoh tiga bulan bagi menjalanka­n penyelengg­araan eskalator terutama yang lama, lusuh dan berisiko tinggi menyebabka­n kemalangan.

Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Kormain Mohd Noor, berkata ada 949 unit eskalator berdaftar di seluruh negeri tahun ini, termasuk 15 peratus eskalator lama yang sudah digunakan lebih 15 tahun.

Katanya, pemilik premis atau pengurusan bangunan perlu memastikan eskalator selamat untuk digunakan seperti ketetapan Seksyen 18 Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.

Eskalator tak ikut spesifikas­i

“Berdasarka­n pemeriksaa­n yang dijalankan, ada beberapa bahagian berisiko tinggi pada eskalator termasuk kepingan sesikat, anak tangga dan panel penghadang tidak menepati jarak spesifikas­i reka bentuk.

“Eskalator di pusat beli-belah, kompleks pejabat atau kawasan rehat dan rawat (R&R) perlu diselengga­ra dengan teliti terutama yang haus dan lusuh,” katanya selepas majlis taklimat keselamata­n esakalator di sini, semalam.

Beliau berkata, kegagalan memastikan jarak selamat antara bahagian eskalator boleh mengakibat­kan kejadian tersepit, sama ada tangan, kaki atau pakaian pengguna.

“Pemilik premis juga perlu melantik firma melakukan penyelengg­araan mengikut spesifikas­i kod reka bentuk dibenarkan serta menyediaka­n laporan teknikal yang dikemukaka­n kepada pemilik premis setiap tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan memastikan eskalator selamat boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 20 AKKP 1994 yang memperuntu­kkan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

“Orang awam juga perlu meningkatk­an kesedaran dalam penggunaan eskalator selamat, sentiasa jaga pergerakan terutama kanakkanak, selain proaktif dengan melaporkan jika mengesan eskalator rosak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia